Berita

"Kahwin Sesama Jenis...Bolehkah Dapat Anak?" - Tun Mahathir

Asraf Aided
17/06/2019
07:50 MYT
Malaysia tidak mungkin akan membenarkan perkahwinan sesama jenis seperti yang dilakukan oleh negara-negara lain termasuk Taiwan baru-baru ini, lapor AWANI.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ini kerana perkahwinan sesama jenis tidak mampu melahirkan zuriat seperti perkahwinan di antara lelaki dan perempuan.
"Saya tak faham perkahwinan sesama jenis ini. Perkahwinan ialah tentang anak. Kalau perkahwinan sesama jenis, boleh dapat anak?
"Apa mereka buat? Mereka ambil anak angkat, dan sebagainya," katanya dalam sesi soal jawab selepas majlis ucaptama Tun Dr Mahathir Mohamad di Cambridge Union, London pada Isnin.
Beliau diminta mengulas sama ada Malaysia, yang mengamalkan dasar pandang ke Timur, akan mengikut jejak langkah Taiwan meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.
Selain itu, Dr Mahathir berkata, kebebasan juga perlu ada batasnya kerana hak mutlak untuk melakukan 'apa sahaja' tidak wujud.
"Pada kami, ia pemikiran yang kebelakang. Hanya kerana kamu rasa manusia perlu bebas dan mereka boleh lakukan apa sahaja, mereka merasakan perkahwinan lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan, 'Oh itu tidak apa, itu hak mereka'.
"Saya rasa hak (kebebasan) perlu atas batasnya. Tidak wujud hak mutlak untuk melakukan apa sahaja," kata Perdana Menteri lagi.
Dr Mahathir sebelum ini pernah berkata Malaysia bertegas bahawa amalan seperti Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender (LGBT) tidak akan diterima sama sekali di negara ini.
Katanya, konsep kekeluargaan kekal sebagai pasangan lelaki dan wanita yang berkahwin, mempunyai anak, termasuk anak angkat.
Parlimen Taiwan pada Jumaat lalu, telah meluluskan undang-undang perkahwinan sesama jenis.
Negara yang merupakan salah satu negara 'Harimau Asia' itu mencatat sejarah sebagai yang pertama di benua berkenaan yang berbuat demikian.
Sumber : Astro AWANI
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Tun Mahathir Sambut Hari Lahir Ke-99 Hari Ini

gempak
10/07/2024
04:54 MYT
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
Hiburan

Netizen Kagum Tun Mahathir Hanya Follow Khairul Aming Di TikTok - "Beliau Memang Suka Anak Melayu Yang ..."

gempak
30/06/2024
07:50 MYT
Sepotong video memaparkan profil TikTok bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang hanya mengikuti seorang pengguna iaitu ushawan muda, Khairul Aming berjaya mendapat perhatian netizen.
Sukan

Faisal Halim Terkesima Tun Mahathir Terpacul Di Depan Rumah

gempak
22/06/2024
07:28 MYT
Pemain bola sepak negara Faisal Halim yang kini masih berehat dan mendapatkan rawatan selepas melalui pengalaman ngeri disimbah asid Mei lalu menerima kunjungan mengejut oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini.
Laman Utama

Naim Daniel Sebak Nyanyikan Lagu Negaraku Di MotoGP, Siap Berbaju Melayu!

gempak
13/11/2023
00:55 MYT
Meremang bulu roma.
Gaya Hidup

"Dahulu Kita Guna Banyak Botol, Sekarang Dah Moden..." - Tun M Kagum Usaha Pengilang, Pengasas Produk Origina

gempak
07/02/2023
01:55 MYT
Tun M kunjungi kilang PS Poly Pack Sdn Bhd dan PS Food & Beverage Sdn Bhd diusahakan Ir Mohd Zain Harun dan keluarga di Klang, Selangor.