Kahwin Waktu PKP, Remy Ishak Persiap Mental Jadi Suami
Maliah Surip
19/08/2021 13:32 MYT
19/08/2021 13:32 MYT
Aktor Remy Ishak yang bakal bernikah pada 21 Ogos 2021 mengaku berdebar menghitung hari bahagianya.
Reda bakal melangsungkan hari bersejarahnya dalam musim PKP, Remy mengatakan dia hanya membuat persiapan sederhana untuk menempuh hari bahagia tersebut.
"Untuk saya tak ada dream wedding, jarang lelaki ada dream wedding. Kalau dapat majlis akad nikah dihadiri kedua famili, dilakukan secara sederhana macam ni pun dah cukup," katanya.
Terdahulu, Remy membuat pengumuman akan menamatkan zaman bujang menerusi temubual eksklusif bersama Gempak TV yang disiarkan di Astro Ria.
Hal itu lantaran majlis pernikahan yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur ini akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard atau SOP ditetapkan untuk negeri dalam Fasa 1 sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan pada Mei lalu.
Selain mempersiapkan sehelai busana pengantin, yang lebih penting kata Remy adalah persiapan mental buatnya bergelar suami kelak.
"Dari segi persiapan sebenarnya tidak ada sangat kerana tidak ada majlis yang akan dilaksanakan, kecuali pakaian nikah yang akan dipakai nanti.
"Tapi yang penting saya persiapkan saat ini adalah bagaimana menjadi seorang suami mithali," katanya sambil tersenyum.
Malah pelakon yang berasal dari Melaka ini juga berharap agar majlis pernikahan yang sudah tertunda sejak Mei lalu dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa melanggar sebarang SOP yang telah ditetapkan.
Apa lagi, Remy dan pasangan akan menjadi antara pasangan pengantin selebriti yang mencipta sejarah kerana melangsungkan pernikahan dalam suasana PKP.
Terdahulu pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menetapkan antaranya hanya tiga orang dibenarkan hadir iaitu pengantin lelaki, pengantin perempuan dan wali.
Kesemua yang terlibat wajib menjalani ujian saringan Covid-19 serta mematuhi semua garis panduan ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta lain-lain agensi penguatkuasaan.
Selain Remy, pasangan Ayda Jebat dan Nabil Mahir antara selebriti yang melangsungkan pernikahan sewaktu pandemik.