Kahwini Ben Affleck, J.LO: “Hidup Macam Roller Coaster”
Maliah Surip
09/11/2022 15:42 MYT
09/11/2022 15:42 MYT
Selepas berkahwin dengan aktor Ben Affleck pada Julai lalu, Jennifer Lopez berkongsi mengenai perasaan dan kehidupan berumah tangga dengan bekas tunangannya itu.
Lopez atau J.Lo mengatakan meski masih ramai yang memanggilnya dengan nama Jennifer Lopez, dia sebenarnya telah menukar namanya secara rasmi sebagai Mrs Affleck.
Dia juga menyifatkan penukaran nama yang selalu dilihat sebagai sikap tradisional ‘orang lama’, penyanyi dan pelakon itu melihat ia sebagai tindakan yang berani daripada seorang wanita.
“Orang mungkin akan masih memanggil saya Jennifer Lopez. Tapi nama rasmi saya adalah Mrs. Affleck kerana kami telah bersama. Kami adalah suami dan isteri. Saya bangga tentang itu.
“Saya juga melihat ia bukan sebuah masalah, ia bukan tradisional. Ia seperti sebuah keberanian dan lambang kekuatan kerana sebagai wanita saya dapat menentukan apa yang saya inginkan,” kata J.Lo dalam temubual bersama majalah Vogue.
Kenang wanita berusia 53 tahun itu lagi, mereka berjaya mengharungi ‘dilema perasaan dan cinta’ dalam tempoh 20 tahun dan tidak pernah menyesal dengan apa yang telah terjadi.
“Kami mash muda sewaktu jatuh cinta dahulu dan sangat menikmati asmara kami tanpa memikirkan risikonya.
“Ironi ada yang tidak mahu kami bersama dan ada yang berfikir saya bukan wanita yang sesuai buat Affleck,” katanya.
Namun akui J.Lo orang terdekat sentiasa tahu bagaimana perasaan cinta yang dimiliki terhadap Affleck sehingga mereka kini telah menjadi suami isteri.
“Orang terdekat tahu perasaan cinta saya kepadanya (Affleck) dan betapa dia selalu istimewa dalam hidup saya.
“Apabila kami kembali bersama, saya merasakan perasaan (cinta) itu masih membara.
“Kami telah kehilangan dan menemui sesama kami. Adakah ini benar? Kami berjumpa, berpisah dan kembali bersama.
“Hidup seperti sebuah roller coaster, macam dalam permainan di karnival dan kemudian ia selesai sendiri. Kami hanya mahu menikmati kehidupan yang baik,” ujarnya.
Foto: Vogue