Kai (EXO) Buka Semula Akaun Instagram Baru Selepas Tiga Tahun

Rozaimi Zubaidi
Jun 7, 2018 07:03 MYT
Anggota kumpulan EXO, Kai mengejutkan peminat apabila kembali menggunakan laman sosial Instagram (IG), baru-baru ini.
Menerusi laporan Soompi, Kai kembali aktif di IG selepas tiga tahun memadam akaun miliknya.
"Kai menggunakan nama @zkdlin yang mana merujuk kepada ejaan namanya "Kai" dalam bahasa Korea.
"Dia juga hanya menulis perkataan Kai pada profil akaunnya itu.
"Peminat mula menyedari ia adalah akaun milik Kai selepas rakannya dalam EXO, Chanyeol meninggalkan komen menerusi gambar pertama yang dimuat naiknya," kata sumber.
Setakat ini, akaun yang baru mempunyai dua gambr itu sudah mempunyai 1.2 juta pengikut.
Selain Kai dan Chanyeol, kumpulan EXO dianggotai Baekhyun, Chen, Lay, Sehun, D.O., Xiumin dan Suho.
Sumber: Soompi
Susunan: Rozaimi Zubaidi
#Kumpulan EXO #Kai