Kain Pembalut Luka Gauze, Rupanya Nama Diambil Sempena Gaza
Mya Amri
12/11/2023 11:55 MYT
12/11/2023 11:55 MYT
Bercakap mengenai luka, sudah pasti ramai pernah mendengar mengenai kain kasa (Gauze) iaitu fabrik yang digunakan dalam perubatan.
Gauze adalah sejenis kain kasa nipis dan lut sinar dengan anyaman terbuka yang longgar.
Kain ini digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk membalut luka dan menghentikan pendarahan.
Menurut perkongsian di Facebook Public Health Malaysia, kain gauze ini diambil nama dari Gaza yang merupakan pengeluar utama kain tenunan gauze sejak kurun ke 13 lagi.
“Kain kasa (gauze) digunakan untuk membalut luka telah dicipta di Gaza pada tahun 1600-an. Kain kasa dalam bahasa Inggeris dipanggil ‘Gauze’ atau dalam bahasa Sepanyol, dipanggil ‘Gaza’,” kongsi hantaran tersebut.
Bagaimanapun satu lagi fakta mengenai kain tersebut telah membuatkan ramai yang berada sedih.
“Ironinya, Gaza kini menjadi penjara terbesar dunia, rakyatnya luka berdarah parah namun lukanya terus berdarah tanpa luka dirawat.
"Gaza telah beri pada dunia ‘gauze’ (kain
kasa) untuk balut luka tetapi hari ini tiada siapa yang ‘balut luka’ Gaza,” coret hantaran berkenaan.
Sehingga kini perkongsian mengenai kain tersebut telah dikongsi lebih 3,000 pengguna Facebook.
Jangan pernah berhenti, sama-sama kita terus mendoakan saudara kita yang sedang berjuang di Gaza.