Kaitkan Insiden Gas Metana Dengan Vaksin, Status FB Suhaimi Saad Buat Netizen 'Naik Hantu'

Kamaruddin Razal
Mac 15, 2019 10:53 MYT
Penyanyi Suhaimi Saad sekali lagi mengundang kemarahan netizen menerusi status yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.
Menerusi entri terbabit, Suhaimi mengaitkan gas metana dengan vaksin dan mendakwa vaksin bukanlah segala-galanya.
Insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor menggemparkan negara baru-baru ini.
Dipercayai kandungan gas metana yang tinggi dalam udara dikatakan jadi punca keracunan dan menjejaskan kesihatan lebih 2,000 orang awam.
Ia juga menyebabkan 111 sekolah di daerah itu diarah ditutup dipercayai susulan pembuangan sisa toksik di Sungai Kim Kim pada 7 Mac.
"Gas Metana? Vaksin bukanlah segala-galanya. Allah maha kuasa. Makhluk tak ada kuasa," tulis Suhaimi.
Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan status Suhaimi dan marah meninggalkan komen berbaur marah di ruangan komen.
Sebelum ini, Suhaimi yang merupakan bekas anggota kumpulan In-Team mengundang kontroversi kerana mengeluarkan kenyataan 'flat earth' dan mengakui tidak menghantar anak-anaknya ke sekolah.
#Penyanyi #Penyanyi #Suhaimi Saad