,
Berita

Kaji Selidik Halalkan Penggunaan Ganja Dilancar

Kamaruddin Razal
09/10/2019
20:46 MYT
Satu kaji selidik dijalankan bagi mendapatkan pandangan orang ramai berhubung pertimbangan untuk membenarkan penggunaan ganja bagi tujuan perubatan.
Borang kaji selidik “Undi Nasional” itu dilancarkan Malaysia Society of Awareness (MASA) dan ia boleh diisi oleh orang awam secara dalam talian bermula 7 Oktober lalu, lapor Astro Awani.
Ia mensasarkan 100,000 pandangan rakyat Malaysia sebelum hasil dapatan dibentangkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Hasil jawapan anda merupakan keputusan muktamad rakyat yang akan dijadikan rujukan statistik kepada kerajaan Malaysia.
“Maklumat dan jawapan anda akan disimpan secara sulit oleh MASA dan hanya terhad untuk tujuan statistik,” demikian menurut maklumat kajian tersebut.
Mengulas lanjut, MASA dalam satu kenyataan memaklumkan hasil dapatan pertama dijangka dikumpul pada 22 November ini.
Jelas badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, beberapa negara jiran kini sedang menghalalkan penggunaan tumbuhan kanabis sebagai ubatan dan suplemen kesihatan.
“Negara-negara maju seperti Australia, Uruguay, Turki, Thailand, India dan lain-lain setuju bahawa tumbuhan kanabis ialah selamat kerana hasil data mereka dan dunia membuktikannya.
“Namun, kerajaan Malaysia masih tidak mengenali kebaikannya walaupun ia telah dihujahkan beberapa kali kepada mereka dan walaupun negara-negara lain telah pun mengubah undang-undang,” kata kenyataan tersebut pada Rabu.
Mac lalu, KKM memaklumkan sedia meneliti dan mempertimbangkan supaya ganja diberikan ruang untuk kajian klinikal bagi menilai keberkesanan tumbuhan itu untuk merawat penyakit tertentu.
Orang ramai yang mahu mengisi kaji selidik tersebut boleh berbuat demikian menerusi pautan ini.
Sumber: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Telefon Bimbit Tiada Kaitan Dengan Kanser Otak - Kajian

gempak
05/09/2024
13:55 MYT
Telefon bimbit tidak dikaitkan dengan kanser otak, menurut satu kajian yang dijalankan oleh saintis Australia yang ditugaskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lapor Xinhua.
Berita

Suami Kenakan Isteri Letak Ganja Dalam Kereta Sebab Nak Bercerai

gempak
01/09/2024
18:55 MYT
Gara-gara cuba 'memperdajal' isterinya dengan meletakkan lebih 500 gram kanabis di dalam kereta, seorang lelaki di Singapura berdepan padah apabila dia dihukum penjara hampir empat tahun.
Berita

Saintis Dari China Temui Gen Lawan Obesiti?

gempak
26/06/2024
15:55 MYT
Malaysia pada ketika ini ialah negara dengan peratusan penduduk menghadapi masalah obesiti kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Brunei.
Sukan

Betul Ke Polis Jerman Galak Peminat Euro 2024 Hisap Ganja, Elak Minum Alkohol?

gempak
16/06/2024
13:49 MYT
Pesta sukan terbesar dunia, Euro 2024 sudah bermula sejak 15 Jun dan akan berakhir pada 14 Julai 2024.
Hiburan

Hadir Ke Konsert Setiap 2 Minggu Boleh Perpanjang 9 Tahun Usia, Mitos Atau Fakta?

gempak
31/03/2024
02:04 MYT
Adakah itu hanya mitos atau fakta?
BorakSeeni