Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kajol Pernah Keguguran Ketika Kabhi Khushi Kabhie Gham

Amri Hassan
22/04/2020 06:01 MYT
Pelakon popular Bollywood, Kajol mendedahkan dia pernah mengalami keguguran ketika penggambaran filem Kabhi Khushi Kabhie Gham.

Jelas Kajol, ketika penggambaran filem tersebut dia sedang hamil namun rezeki tidak berpihak padanya apabila disahkan gugur selepas tamat penggambaran filem terbabit.

"Saya sedang hamil ketika Kabhi Khushi Kabhie Gham tetapi akhirnya keguguran.

"Semasa filem itu mula ditayangkan, saya berada di hospital dan ia detik yang menyedihkan.

"Selepas itu, saya sekali lagi keguguran. Ia memang sukar bagi saya.

"Namun saya bersyukur masih punyai dua anak, Nysa dan Yug yang mana masih membahagiakan saya," kata Kajol kepada Humans of Bombay.

Kajol telah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ajay Devgan pada 1999 dan dikurniakan dua cahaya mata.



Kabhi Khushi Kabhie Gham menggandingkan pelakon popular Bollywood antaranya Kajol, Shah Rukh Khan, Hrithik Roshan, Kareena Kapoor, Amitabh Bachchan dan Jaya Bachchan.

Filem terbitan tahun 2001 itu telah mencatatkan jumlah kutipan 1.3 bilion crore (RM74 juta).

Sumber: Geo News
#Keguguran #Kajol #Kabhi Khushi Kabhie Gham
;