Kak D
Kak D merupakan seorang ibu yang paling berpengalaman di dalam kumpulan Geng Mak Mak. Oleh sebab itu, Kak D sering menjadi tempat mengadu bagi rakan-rakannya yang lain. Kak D mempunyai dua anak lelaki yang baru sahaja melangkah ke alam remaja dan hubungan antara Kak D dan anaknya semakin renggang akibat perubahan sikap anak nya.
Kak D seorang yang sangat matang dan bijak terutamanya caranya dalam menjaga anak dan keluarga. Rasa sayangnya boleh disalah anggap dengan sikapnya yang sering memantau perbuatan tentang anaknya. Kak D sering rasa susah untuk melepaskan anaknya yang kini semakin besar, tetapi di kesudahannya, dia melepaskan anaknya, mempercayai anaknya untuk menjaga diri sendiri.