Basah kuyup jadinya apabila pelakon prolifik Raja Azura melakonkan semula babak dari drama bersiri Jujurlah Nikahi Aku.

Menerusi segmen khas dalam siaran Gempak TV hari ini, pelakon yang mesra disapa Kak Engku itu menyahut cabaran untuk 'bergomol' dengan dua pelakon wanita Uyaina Arshad dan Rita Nadira sambil memegang secawan air.

Sepertimana kata Kak Engku, pengalamannya sebagai pelakon yang lebih senior menjelaskan tidak sukar baginya untuk memberikan momentum terbaik dalam setiap lakonannya.

"Pelakon lama tak ada simpan2 momentum, bila shoot serius. tak ada method sangat pun," katanya.

Jujurlah Nikahi Aku disiarkan setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di saluran Astro Ria (104) dan Astro GO.

Drama arahan Rashid Sibir itu dilakonkan oleh Raja Azura, Uyaina Arshad, Sean Lee dan Rita Nadira.

Gempak TV turut menyiarkan rangkuman tribut sempena pemergian pelawak yang disegani ramai, Abam Bocey.

Selain itu, juara Akademi Fantasia 2016, Amir Masdi turut diundang sempena mempromosikan lagu terbaharunya Asmara.

Gempak TV disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) malam ini.

Bagi mengetahui lebih lanjut, jangan lupa saksikan Gempak TV yang diacarakan oleh Isha Norsham dan Daniel O'Niel.

Gempak TV juga boleh ditonton secara live streaming menerusi www.gempak.com