Pelakon dan penyanyi Azza Elite, mengakui watak Habsah dalam drama bersiri Perempuan Tanpa Dosa menjadi tular kerana Elly Mazlein.

Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima binti Zawari, 42, berkata kalau tidak kerana Elly mungkin watak Kak Habsah atau Kak Sah itu tidak meniggalkan kesan kepada penonton seperti hari ini.

“Sebenarnya kan, Kak Lina Pom Pom (Elly Mazlein) pernah pesan pada saya. Kalau kita nak orang ingat pada lakonan kita, kita kena pandai cipta watak yang kita pegang.

“Kata Kak Lina lagi, buat apa sahaja yang boleh tinggalkan kesan kepada penonton. Biarlah orang nak benci ke, tak suka ke…Janji watak tu hidup dan orang ingat,” katanya ketika dihubungi Gempak.

#perosakrumahtanggaorang bAb ni Aku emosi . Stop having a crush on someone who already have a family.. lol. mangkuk ayun punya ushu. #perempuantanpadosa

A post shared by Azzaelite❤️queenazza0174748991 (@azzaelite) on

Kak Habsah merupakan watak seorang anak dara lanjut usia di kampung Usu Sakinah (lakonan Uyaina Arshad) yang memiliki segalanya.

Walaupun memiliki harta yang banyak, Kak Habsah digambarkan sebagai seorang yang suka menyibuk dan gemar membawang tetapi tidak boleh menyebut huruf S dengan sempurna.

“Sebenarnya saya tak sangka watak Kak Habsah dalam Perempuan Tanpa Dosa ini boleh viral. Sampai orang komen, benci sangat tengok Kak Habsah.

“Pelat huruf S tu saya cuma bawa gaya percakapan bersama kawan-kawan di luar set penggambaran ke dalam drama, itu sahaja.

“Apapun terima kasih kerana menonton Perempuan Tanpa Dosa dan benci Kak Habsah. Sekurang-kurangnya saya tahu ramai yang beri perhatian kepada Kak Habsah.

“Formula Kak Lina Pom Pom menjadi, saya patut berterima kasih kepada dia. Sebab kalau nak ikutkan watak tu dalam skrip biasa-biasa sahaja, Kak Lina Pom Pom memang baik, dia tak kedekut ilmu,” katanya.

Selain Azza Perempuan Tanpa Dosa, sebuah siri drama adaptasi novel arahan Micheal Ang turut dibintangi oleh Kamal Adli,Uqasha Senrose, Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin .

Drama adaptasi karya tulisan Fatinilam Sari Ahmad ini bersiaran setiap hari Isnin sehingga Khamis di Astro Ria, saluran 104 bermula jam 10 malam.

Turut membintangi drama ini ialah Yusuf Bahrin (Rahman), Zac Zaky (Eddie), Hilal Azman (Datuk Majid), Shaza Bae (Yaya) dan ramai lagi.