Laman Utama

Kak KM Dapat Balik IG Lepas Hampir Setahun Kena Godam, Peminat Happy: "Orang Baik Selalu Allah Pelihara"

Azwa Rahman
23/03/2022
02:18 MYT
Pempengaruh dan usahawan Kak KM sudah menerima kembali akaun Instagram miliknya yang telah digodam sejak hampir setahun yang lalu.
Menggunakan akaun Instagram asalnya, @lianarosli_offcial, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli memanjatkan kesyukuran di atas berita baik itu.
“Alhamdulillah, syukur IG dapat balik dah,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Menerusi hantaran yang sama, Kak KM dilihat sedang bercuti bersama keluarga besarnya di Pulau Pinang.
Biar pun akaun digodam sebelum ini, Kak KM tetap aktif di akaun Instagram sementara yang kini mengumpul seramai 167,000 pengikut.
Sementara itu di ruangan komen, ramai pengikut yang teruja melihat Kak KM mula memuat naik video dan foto di akaun asalnya.
“Yeahhhhh berkat sabar Kak KM!” tulis seorang wargamaya.
“Syukur alhamdulillah. Orang yang baik selalu Allah pelihara,” kata seorang wargamaya.
“Wahh i’m so happy for you Kak KM,” luah seorang wargamaya.
“Welcome back lady boss,” komen seorang wargamaya.
“Omg rindunyaaa kakak sayang dan akaun ni. Welcome back,” ujar seorang wargamaya.
“Dah lama tak tengok Kak KM. Tahniah dapat cahaya mata yang comel,” kata seorang wargamaya.
Sehingga kini, akaun Instagram asal milik Kak KM sudah mengumpul seramai 436,000 pengikut.
Sekadar info, Kak KM baru sahaja menimang cahaya mata perempuan yang diberi nama Cinta Carissa.
Terdahulu, Kak KM dan suami dikurniakan seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Untuk rekod, Kak KM merupakan anak kepada dramatis veteran Normah Damanhuri dan kakak kepada model Ahya Rosli.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Suami Cemburu, Tak Izinkan Kak KM Pasang Bodyguard Lelaki? - "Dia Cakap Dia Boleh Jaga Saya"

gempak
16/06/2024
00:55 MYT
Usahawan sensasi, Kak KM tidak menyangka ramai yang mahu mencuba nasib untuk menjadi pengawal peribadinya selepas kejadian pecah masuk kediaman pada Mac lalu.
Hiburan

Pasca Dirompak, Kak KM Hidup Dalam Ketakutan & Tak Tidur Lena - "Kita Berniaga, Bukan Saja-Saja Nak Tunjuk Barang Kemas"

gempak
11/06/2024
07:57 MYT
Pasca kediaman dipecah masuk perompak pada awal Mac lalu, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih popular disapa Kak KM akui hidup dalam ketakutan.
Hiburan

Kak KM Jawab Dakwaan Menipu Keputusan SPM Anak - "Berlaku Kekeliruan, Kita Tunggu & Lihat Pada Rezeki"

gempak
08/06/2024
08:48 MYT
Usahawan popular Liana Rosli menjelaskan dirinya tidak pernah menipu selepas berkongsi keputusan anak lelakinya, Faris Razman, yang mendapat keputusan 6A pada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan pada 27 Mei lalu.
Hiburan

Penulis Pesona Kebaya Nafi Eksploitasi Kak KM - "Terkejut Ada Tuduh Kami ..."

gempak
08/06/2024
07:30 MYT
Penulis buku, Jonathan dan Farel Mikhail menafikan niat mereka mahu menggunakan nama atau mengeksploitasi populariti usahawan terkenal Kak KM demi melariskan buku Pesona Kebaya tulisan mereka.
Viral

Kieda Crepe Dakwa Suspek Rompak Orang Yang Sama Pecah Masuk Rumah Kak KM - “Makna Kata Dalam Depa Duk Bicara Kes, Masih Lagi Bergiat Aktif”

gempak
08/06/2024
00:48 MYT
Usahawan makanan dan juga pempengaruh media sosial, Kieda Crepe melahirkan rasa syukur apabila suspek kes pecah rumahnya berjaya diberkas oleh pihak polis.