HIBURAN
Kak KM Kongsi Pengalaman Kena Pukau, Hilang RM100,000 Selepas Beri Kata Laluan Akaun Bank - “Saya Beri Tanpa Sedar…"
Usahawan terkenal Kak KM baru-baru ini berkongsi pengalaman pahit yang dilalui apabila menjadi mangsa penipuan yang menyebabkan dia berdepan kerugian sebanyak RM100,000.
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, berkongsi kejadian itu berlaku selepas satu insiden rompakan barangan emas miliknya yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Selepas kejadian itu, individu tidak dikenali datang ke rumahnya dan meminta kata laluan akaun bank.
Tanpa disedari, Kak KM memberi kata laluan tersebut, dan wang sebanyak RM100,000 hilang begitu sahaja.
“Kejadian itu berlaku selepas kes barangan emas saya dirompak sebelum ini. Ada orang datang rumah minta kata laluan akaun bank. Saya beri tanpa sedar. Hilang terus RM100,000.” katanyna.
Kak KM berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri anjurannya di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.
Bukan itu sahaja, Kak KM turut menyatakan bahawa dia sering menjadi sasaran individu untuk mengambil kesempatan.
Kongisnya, ada salah seorang pengikut di media sosial yang datang memohon bantuan, namun setelah sumbangan diberikan, mereka mengeluh dan mengatakan bantuan yang diberi tidak mencukupi.
“Orang juga selalu ambil kesempatan terhadap saya. Ada yang minta bantuan tetapi apabila saya beri sumbangan katanya tidak cukup. Saya mudah memberi bantuan tanpa selidik dahulu siapa pemilik sebenar akaun media sosial itu.” ujarnya.