gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Dapur Goodday: Misi Sarimah & Tuyah VS Che Ton Menang Pingat Emas & Gangsa Di Anugerah Appies 2025
BERITA
Kubur Allahyarham Zara Qairina Akan Digali Secepat Mungkin - Saifuddin Nasution
VIRAL
Gadis Baring Atas Kubur Tonton Konsert
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Kak KM Tak Ambil Hati Komen Negatif, Tetap Kerja Keras- “Tak Peduli Apa Orang Nak Cakap, Tengok Dalam Bag Duit Sama Banyak”

Mya Amri
Mya Amri
09/08/2025
05:55 MYT
Sponsor Banner
Kak KM Tak Ambil Hati Komen Negatif, Tetap Kerja Keras- “Tak Peduli Apa Orang Nak Cakap, Tengok Dalam Bag Duit Sama Banyak”
Usahawan dan personaliti media sosial, Kak KM tampil memberikan kenyataan berhubung kecaman yang sering diterima di media sosial.

Tak kisah komen negatif

Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, dia tidak terlalu mengambil berat terhadap kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.
Sebaliknya kata Kak KM, meskipun wujud pihak yang tidak senang dengan caranya, namun majoriti pengikutnya sentiasa menyokong dan menghargai usahanya selama ini.

“Saya tak peduli apa orang nak cakap, saya tak pernah kisah sebab kita tengok dalam bag duit sama banyak.

“Yang tak suka saya mungkin dua tiga orang sahaja, yang suka kita berjuta. Tengok sahaja view kita, semua cecah jutaan. Masih ada permintaan, maknanya orang masih suka kita. Alhamdulillah,” ujarnya.

Kak KM berkata demikian ketika ditemui pada sidang media cawangan terbaharu Kopi Saigon milik pelakon Fasha Sandha dan suami, Aidil Aziz yang berlangsung di MyTown, Cheras baru-baru ini.

Usaha perbaiki diri

Mengulas soal kecaman yang sering mengaitkannya dengan kontroversi, Kak KM tidak menafikan sebagai manusia biasa, dia juga takut akan balasan Tuhan.
Namun dalam masa yang sama dia berusaha untuk sentiasa memperbaiki diri dan memohon perlindungan daripada perkara-perkara buruk.

“Kalau kata tak takutkan balasan tu tak bolehlah sebab kita ini manusia biasa, kita tak tahu bala, malapetaka bila nak datang.

“Tetapi insya-Allah kita sentiasa berdoa hari hari minta Allah jauhkan daripada benda benda yang tidak baik,” tegasnya.

Jangan mudah menilai dari luaran

Dalam pada itu, Kak KM turut menasihati orang ramai supaya tidak mudah menilai berdasarkan luaran semata-mata.
Menurutnya, kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah hasil usaha keras dan pengorbanan yang tidak diketahui umum.

“Kita sendiri pun kena jadi orang baik. Nampak sahaja saya begini, anda tidak tahu apa yang saya lalui sampai saya boleh naik ke tahap ini.

“Jadi untuk orang tak tahu jangan cakap apa-apa, jaga orang keliling, jaga anak-anak sendiri.

“Kadang-kadang kita terlalu sibuk tengok orang lain tetapi anak-anak sendiri pun belum tentu tidur di rumah, kena semak perkara itu dulu,” ulasnya.
Topic Berkaitan
#Netizen
#Kak KM
#Liana Rosli
#Komen Negatif
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement