Kak KM Tampil Beri Penjelasan, Resit Makanan RM17,000 Bukan Miliknya - “Netizen Menggelupur Sangat, Tak Sangka Macam-Macam Andaian Orang Buat”
Ernalisa
22/11/2024 06:55 MYT
22/11/2024 06:55 MYT
Usahawan kontroversi, Kak KM tampil membidas dakwaan netizen yang kononnya dia riak kerana menunjukkan bil makanan mencecah RM17,000.
BERITA BERKAITAN:Kesihatan Alisa Umairah Merosot, Elly Mazlein Mohon Doa Rakyat Malaysia
BERITA BERKAITAN:Elly Mazlein Menangis, Beri Ciuman Terakhir Untuk Arwah Adik Alisa Umairah - “Berehat Ya, Kami Rakyat Malaysia Akan Sentiasa…”
BERITA BEEKAITAN:Kilauan Emas 2024: Enam Peserta Layak Ke Final, Atie Tersingkir Di Separuh Akhir! Semak Markah Penuh Di Sini
Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli berkata bil berkenaan sebenarnya bukan milik dirinya seperti yang disangka ramai.
"Itu bukan bil saya. Sebenarnya saya pun mula-mula terperanjat bila bil yang diterima itu dekat RM17,000. Nak dijadikan cerita pekerja di situ tersilap hantar.
“Itu bil meja sebelah, mereka pun ada buat makan malam syarikat. Tapi saya memang sengaja buat video bil tu tapi tak sangka pula macam-macam andaian orang buat.
"Saya rasa kalau sesiapa pun terima bil makan sampai berbelas ribu, dia mesti ambil gambar atau buat video. Tak payah tipu cakap tak ambil," ujarnya ketika dihubungi Gempak.
Sebaliknya kata Kak KM, bil makanan keluarga mereka pada malam itu hanyalah RM2,000.
“Gila saya nak makan sampai RM17,000, makan apa sampai harga begitu. Netizen memang tak relax. Menggelupur sangat.
“Cuba bawa bertenang. Korang memang suka dan tertunggu-tunggukan apa yang Kak KM akan updatekan?" ujarnnya.
Terdahulu, Kak KM kembali mencuri perhatian ramai selepas mendedahkan resit perbelanjaannya ketika berkunjung ke sebuah restoran di ibu kota, baru-baru ini.
Resit makanan yang dikongsikan menerusi satu hantaran TikTok di akaun media sosial miliknya itu mencecah belasan ribu ringgit untuk sekali makan sahaja.
Dalam rakaman berdurasi 53 minit tersebut, Kak KM sempat berpesan kepada keluarganya pastikan hidangan yang mereka nikmati berbaloi.