Hiburan

Kak Lina Sebak, Santuni Adik Alisa Umairah Hidap Kanser Mata - "Bila Tengok Gambar, Ya Allah..."

gempak
Ainun
16/10/2024
10:25 MYT
Sponsor Banner
Kak Lina Sebak, Santuni Adik Alisa Umairah Hidap Kanser Mata - "Bila Tengok Gambar, Ya Allah..."
Penyampai radio, Elly Mazlein sebak ketika menziarahi Alisa Umairah Nur Hisham, seorang bayi berusia setahun 11 bulan yang menghidap kanser mata tahap 4 di Segamat, Johor.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Era.je, Elly, atau lebih dikenali sebagai Kak Lina, kelihatan menahan sedih apabila melihat gambar Alisa sebelum dia disahkan menghidap penyakit tersebut.
“Kak Lina sebak dan mengalirkan air mata bila tengok gambar Adik Alisa waktu matanya masih sihat dan boleh nampak. Ya Allah, adik Alisa memang comel!,” katanya menerusi kapsyen di Instagram.
Untuk makluman, Alisa Umairah telah disahkan menghidap kanser mata dan terpaksa menjalani pembedahan membuang kedua-dua belah matanya pada Julai lalu.
Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa simpati dan sedih selepas melihat keadaan Alisa.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
Terdahulu, ayah kepada Alisa Umairah, Nur Hisham Abd Hamid pernah mendedahkan bahawa anaknya perlu membuang kedua belah matanya kerana ianya terlalu berisiko tinggi dan mampu membawa maut.

BERITA TRENDING: Orang Tak Kenal Siapa Danish Hakim, Netizen Minta Jangan Bitter - “Sebab Yang Popular Your Parent Not You,”

BERITA TRENDING: Jutawan Tudung Terbuka Kongsi Harga Pakaian & Aksesori Cecah RM150,000 - "Saya Pakai Simple Je"

BERITA TRENDING: Puji Energy Peminat Di Malaysia, Jessi Janji Mahu Datang Lagi Ke Malaysia! - "Sebenarnya Saya Tak Sihat, Tapi ..."

BERITA TRENDING: Video Fattah Amin Tentang Pesanan Ayah Kembali Tular - “Jangan Pernah Khianati Isteri”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024