"Kak Milah Pakai Tudung!" - Peminat Malaysia Hujani Komen IG Camila Cabello Lepas Tengok Gambar Ini
Instagram milik penyanyi terkenal antarabangsa Camila Cabello dihujani oleh komen daripada pengguna Malaysia apabila gambarnya berhijab mulai tular sejak dua hari lalu.
Ramai yang memuji penampilan penyanyi yang popular dengan lagu Havana itu malah tersentuh dengan perkongsiannya ketika melawat Masjid Sheikh Zayed di Abu Dhabi.
"Saya memakai hijab sebagai tanda hormat apabila melawat masjid ini dan ketika sedang menyarungnya, saya didatangi seorang kanak-kanak perempuan untuk membantu saya.
"Biarpun kami tidak bercakap bahasa yang sama, tetapi dia mengukir senyum selepas membantu saya memakainya. Rasa seperti kawan baik.
"Sukar untuk saya menjelaskan perasaan itu tetapi pengalaman sebegini membuatkan saya lebih dekat dengan orang sekeliling," tulisnya.
Camila hadir ke Dubai untuk membuat persembahan di Redfest DXB pada Jumaat lalu.
Selain itu, penyanyi berusa 21 tahun itu sempat meluangkan masa untuk melawat tempat-tempat ikonik di sana termasuk Gurun Arab.