Gaya Hidup

"Kak Mitch Nyanyi Baring Pun Sedap" - Gelagat Romantik Misha Omar Buat Netizen Cair

gempak
Hanafis Haris
25/07/2019
10:37 MYT
Sponsor Banner
"Kak Mitch Nyanyi Baring Pun Sedap" - Gelagat Romantik Misha Omar Buat Netizen Cair
Penyanyi bersuara lunak, Misha Omar sekali lagi menarik perhatian ramai apabila secara bersahaja menyanyikan lagu romantik khusus buat suami tercinta, Firos Ezzwan.
Menerusi satu video di entri Instagramnya, Misha menyampaikan lagu 'Melamarmu' nyanyian asal kumpulan Badai Romantic Project dari Indonesia.
"Jatuh cinta lagi pada orang yang sama? Marry me, again?
"Bila sebut lirik 'jadilah ayah dari anak-anakku' Kak Mitch sebak pulak. You are the best & cool dad ever to our kids, sayang," katanya.
Sehingga kini video berkenaan telah menerima tontonan sebanyak 35,792 kali.
Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen dilihat turut teruja dengan gaya romantik penyanyi itu.
Malah ramai yang memuji kelunakan suaranya biarpun menyanyi dalam keadaan baring.
Anda boleh lihat pelbagai reaksi komen mereka di bawah.
Untuk pengetahuan, Misha berkahwin dengan Firos yang bertugas sebagai juruterbang pada 2 Mei 2014.
Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata, Muhammad Idris Ezzwa.
Sebelum itu, pasangan ini memiliki seorang anak angkat iaitu Muhammad Adam Emir.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024