Skip to main content

Berita Tempatan

“Kak Nita Di Mana?”- Muat Naik Foto Bersama, Linda Onn Rindukan Anita Sarawak

lindaonnanita.jpg
Penyampai radio Linda Onn akui amat merindui penyanyi dan penghibur, Anita Sarawak.
 
Linda meluahkan perasaannya itu menerusi akaun Instagram miliknya.
 
Menerusi entri tersebut dia turut memuat naik fotonya bersama penyanyi popular era 80-an itu.
 
”Kak Nita...Di mana awak? Kenapa awak tak hubungi saya? Saya rindukan awak,” katanya.

 
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terdiri daripada rakan artis.
 
Mereka turut meluahkan rasa yang sama serta tertanya-tanya ke mana penyanyi yang berasal dari Singapura itu pergi.
 
Terdahulu, kehilangan bintang itu sejak sembilan tahun lalu menjadi tanda tanya. Anita didakwa telah meninggalkan kediamannya di ibu negara, secara tiba-tiba.

Ia terus menjadi tanda tanya apabila dia tidak dapat dihubungi serta hilang khabar berita sehingga kini.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Kak Nita...where are you? Why haven't you called me? ?? I miss you.

A post shared by Linda Onn (@lindaonn7) on

Advertisement

Must-Watch Video