Kaka Azraff Bakal Nikah Hari Ini?

Syafiqah Jalal
Disember 14, 2018 00:00 MYT
Penyanyi Kaka Azraff dikhabarkan bakal melangsungkan pernikahannya hari ini.
Kaka yang mengikat tali pertunangannya pada 27 November lalu bakal mendirikan rumah tangga dengan seorang usahawan bernama Adam.
Menerusi IG Story ibu saudaranya Jojie Aminuddin, Kaka dilihat sedang berinai di sebuah rumah malam tadi.
Dalam majlis berinai itu turut dihadiri oleh ramai sanak-saudara yang berkumpul.
Terdahulu, Kaka ada memberitahu dia bakal bernikah dalam masa terdekat selepas foto majlis pertunangannya tersebar.

[BACA: Kaka Azraff Selamat Bertunang Dengan Usahawan Kacak, Bakal Adakan Majlis Bulan Ini?]

Malah menerusi kemas kini di Instagram tunangnya kira-kira enam jam lalu pula memberitahu bakal berjumpa dengan Kaka, yang memberi bayangan mereka akan bernikah hari ini.
Selain itu, Kaka turut memberi bayangan menerusi satu postingnya yang terbaharu di IG.
Menerusi entri Kaka di IG itu membuatkan ramai pengikutnya mengucapkan tahniah serta selamat pengantin baru.
Bagaimana pun Kaka sehingga kini tidak pernah mengumumkan tarikh sebenar pernikahannya.
Apa-apa pun Gempak mendoakan apa jua perancangan mereka akan berjalan dengan lancar.
Selamat pengantin baru!
#Kahwin #Penyanyi #Nikah #Bertunang #Kahwin #Penyanyi #Kaka Azraff #Kaka Azraff