Selepas Bukan Hal Aku dan Terima Kasih mendapat sambutan hangat daripada pendengar, penyanyi Kaka Azraff muncul dengan single terbaharu berjudul Kembali.
Nor Atiqa Noor Azraff atau nama pentasnya, Kaka Azraff berkata, Kembali merupakan karya sepenuhnya oleh The Good Fellas dengan sentuhan magis, Alif Abdullah sebagai produser.
Penyanyi berusia 28 tahun ini juga meletakkan harapan tinggi pada Kembali dan berharap agar single ini mendapat tempat di hati peminat seperti lagu-lagunya yang lain.
Kata Kaka, Kembali merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya, tambahan lagi single terbaharunya ini 100 peratus berkait rapat dengan personal dan karier seninya.
"Lagu ini berkisar erti kebebasan kepada seseorang yang mempunyai perasaan kurang keyakinan diri yang akhirnya berjaya mengatasi perkara tersebut selepas keluar dari kepompong kesulitan hidupnya.
“Kelainan single ini jika dibandingkan dengan lagu-lagu terdahulu adalah disebabkan liriknya yang matang. Tidak hanya itu, saya turut menekankan aspek vokal secara total.
“Begitupun, kalau didengari semula, Kembali kedengaran lebih bersahaja daripada aspek melodinya," kata Kaka yang cukup ternantikan pelancaran Kembali dalam waktu terdekat ini.
Menyambung bicara, Kaka memberitahu, Kembali menjalani pembikinan dan proses di belakang tabir selama dua bulan sebelum ia menjadi sebuah karya yang lengkap.
"Sejujurnya, komposer lagu ini merupakan seorang individu yang kreatif dan memiliki citarasa tinggi dalam setiap naskhah dihasilkan olehnya. Lebih menarik, dia sanggup bereksperimen sehingga mengeluarkan aneka versi demo Kembali sebelum saya membuat keputusan untuk memilih yang terbaik.
“Harapan saya agar single ini bakal meraih tumpuan peminat sekali gus dapat memberi sokongan terhadap sumbangan kecil hasil seni saya bersama komposer ini. Tidak ketinggalan, saya sentiasa berambisi tinggi untuk terus menghadirkan lagu-lagu berkonsep unik bagi lebih mewarnai kanvas bidang hiburan tempatan.
"Dan lebih signifikan, saya berharap agar Kembali mampu memberi magis sinar kepada semua yang mendengar dan mendalaminya." akhiri Kaka yang merupakan wajah Selebriti Sokongan Riben Merah seliaan Majlis AIDS Malaysia.
Para peminat kini boleh mengundi lagu Kembali di http://era.fm/carta/era-fm/lagu-baru-nak-up
Video muzik Kembali akan menjalani penggambaran pada 10 September ini yang digarap oleh Mohd. Khairul Azri Md. Noor atau lebih dikenali sebagai Keroll.
Kembali merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (Malaysia) Sdn. Bhd. dengan kolaborasi Uprising Entertainment Sdn. Bhd. selaku pihak pengurusan Kaka.
Kaka bakal mengeluarkan album penuh dengan dua buah lagu baharu termasuk Kembali, Terima Kasih dan Bukan Hal Aku dijadualkan pada hujung tahun ini.
Fiza Kamarudin
Wed Sep 06 2017
Izara Aishah Pilih Tawaran Berlakon, Hanya Filem & Drama Bersesuaian - “Jalan Cerita Sekarang, Saya Tak Minat”
Izara tak minat jalan cerita drama sekarang.
Alyssa Lee Dedah Sikap Amalina Arham Ketika Pertama Kali Jumpa Di Set Drama ‘Khun:Sa’ - “Awak Bukan Hidung Tinggi Tapi…”
Alyssa & Amalina kongsi pengalaman bertemu di set.
Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Merentas Desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Bawa Watak Protagonis, Sofia Jane Terima Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Pelakon, Datin Sofia Jane berjaya meraih anugerah pelakon wanita terbaik menerusi lakonan hebatnya yang membawa watak protagonis (Maryam) di filem Maryam Pagi ke Malam pada Festival Filem Asia ke-21 di Rom, Itali.
Ini Sebab Kenapa Kedudukan Hos Tandas Ini Menerima Pujian Daripada Netizen
Netizen memuji kedudukan hos pada tandas awam ini
Mungkin Saya Bukanlah Orang Yang Baik, Tetapi Paling Tidak Saya 'Tidak Munafik' - Bella Astillah
Pelakon, Bella Astillah mengaku bahawa dirinya bukanlah orang yang baik.
Tok Ram fitness padu macam orang muda | Projek Bapak Bapak S3
Saksikan Travel Lawak Bapak Bapak S3 bermula 18 April 2024, setiap Khamis, 9 malam di Astro WARNA dan Strim di Astro GO.
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
#TravelLawakBapakBapak #TLBB #AstroWarna #AstroBaharu
Azira DeFam Tak Sangka Lagu Alamak Raya Sudah Sampai Ke Negara Jepun!
Salah seorang anggota kumpulan De Fam, Azira Shafinaz tidak menyangka lagu raya pertama mereka yang berjudul Alamak Raya Lagi mendapat sambutan yang hangat.
“Saya Hanya Cuba Untuk Membuatkan Diri Saya Berdiri Semula…” - Senyuman Aliff Aziz Tak Sindir Sesiapa
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz membuka mulut mengenai isu lagu yang dikongsikan menerusi Instagram Story baru-baru ini.
Adik Ruhainies Kagum Sifat Kakak, Maafkan Orang Hina Dengan Hati Terbuka
Adik kepada pelakon, Ruhainies, Asha Zainul berasa kagum dengan sifat keikhlasan kakaknya yang masih kekal tenang dan memaafkan orang yang menghinanya dengan hati terbuka.