Kaka Azraff Paling Rajin Cat Tiang Pondok Kubur

Elrafaei Sapi
Mac 24, 2018 09:29 MYT
Penyanyi Kaka Azraff bersama pelakon popular, Ashraf Muslim buktikan golongan selebriti sanggup turun padang jayakan aktiviti kemasyarakatan.
Jarang sebenarnya masyarakat dapat melihat pembabitan artis dalam aktiviti yang bukan bersifat hiburan atau mempunyai bayaran.
Selalunya, artis sibuk dengan kerja seni mereka tidak kira penyanyi atau pelakon.
Bagaimanapun, sikap yang ditunjukkan Ashraf dan Kaka ada baiknya dicontohi golongan selebriti lain agar meluangkan masa seketika berbakti pada masyarakat.
Menerusi perkongsian status Ashraf di akaun Instagram miliknya, dia memuji sikap rajin selebriti yang terbabit dalam program Maju Bersama Negaraku termasuk artis wanita kelihatan anggun dengan imej bertudung dalam acara tersebut.
Katanya, Kaka antara selebriti paling rajin dalam program itu seperti mengecat tiang pondok kubur.
Kaka pula memberitahu, mereka terbabit dalam satu aktiviti gotong royong sebagai sukarelawan bersama penduduk kampung.
"Saya berharap agar program seperti ini dapat diteruskan untuk masa akan datang," katanya menerusi Instagram miliknya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @kakaazraff @ashrafmuslim
#Ashraf Muslim #Kaka Azraff #Kaka Azraff