Penyanyi Kaka Azraff selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada tarikh 22 Februari 2022, 12.05 malam di sebuah pusat perubatan di ibu negara.

Menerusi laman sosial Twitter, Kaka atau nama penuhnya Nor Atiqa Noor Azraff, 33, mengumumkan berita baik tersebut.

Dalam pada itu, Kaka turut berkongsi sekeping foto dia bersama suami memangku anak keduanya itu untuk tatapan umum.

“Syukur pada Allah. I'm officially a mother of two ? 22.2.22 00:05AM,” ciap Kaka.

Kaka turut memberi penghargaan buat suami kerana memberikan sokongan yang tidak henti dan setia di sisinya sepanjang tempoh kehamilan.

“Terima kasih kerana menjadi penyokong yang hebat, memberi semangat, motivasi dan ‘doktor’ separuh masa sepanjang tempoh perjalanan ini (kehamilan dan proses bersalin).

“Saya tidak tahu apa akan terjadi tanpa awak. Saya cintakan awak, bapa kepada dua orang anak,” luah Kaka.

Di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah buat pelantun lagu Janjiku ini dan selamat menjalani proses berpantang.

“Alhamdulillah. Tahniah Kaka Azraff. Semoga Kaka dan Baby sihat selalu hendaknya.Selamat berpantang,” ujar seorang wargamaya.

“Alhamdulillah.. Tahniah... Harini jugak wife saya akan bersalin jam 2 petang.. 22.2.22 2.00PM mudah mudahan selamat,” kongsi seorang wargamaya.

“Alhamdulillah…tahniah. Semoga ibu dan baby sihat. Btw, sah nk dapat date cantik mcm harini,” ujar seorang wargamaya.

“Awhhh Aslan dah jadi abang. Congratulations Kaka and husband!” tulis seorang wargamaya.

“Wahh sama besday dgn saya!!!! tahniah Kaka,” ucap seorang wargamaya.

“Alhamdulillah tahniah @KakaAzraff cantik tarikh. semoga Kaka & baby sihat,” kata seorang wargamaya lagi.

Sekadar info, Kaka mendirikan rumah tangga bersama Adam pada 14 Disember 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Aslan yang kini berusia dua tahun.