Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kaka Azraff Tak Kisah Kemenangan Kena Overshadow Nabila Razali, Tapi Kurang Selesa Sebab...

Asraf Aided
22/03/2021 11:48 MYT
Penyanyi yang juga juara Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35), Kaka Azraff tidak terkilan jika ada pihak yang menganggap kemenangannya di pertandingan berprestij itu dikabuli dengan cerita mengenai finalis lain.

Ditanya mengenai isu segelintir warganet mengkritik nyanyian Nabila Razali di AJL35, Kaka akui kurang selesa dengan sikap mereka yang mempertikaikan kesilapan orang lain.

"Saya okay sahaja kalau orang lebih bercakap tentang perkara lain berbanding kemenangan saya.

"Cuma, saya kurang selesa apabila ada pihak yang mempertikaikan tentang kesilapan orang lain.

"Bagi saya, tiada orang yang dengan sengaja mahu buat salah dan silap, perkara sebegini amat sensitif untuk individu yang dikritik itu," katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Kaka juga berharap agar kritikan sebegitu dapat dihentikan dan tidak berulang lagi.

"Saya harap, mereka yang terlibat dapat hentikan kritikan sebegini sebab ia bukanlah perkara bagus.

"Ia boleh menjatuhkan perasaan orang, kita tak tahu pun apa yang orang tu rasa dalam dirinya," katanya lagi.

Terdahulu, Kaka bersama Loca B dan Noki meraih gelaran juara AJL35 menerusi lagu Gila.

#Kaka #Kaka Azraff #Nabila Razali #AJL #Anugerah Juara Lagu #AJL35
;