Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Kaka Imbas Kenangan Pahit Gagal Bercinta, Semua Gara-Gara...

Asraf Aided
12/02/2021 06:50 MYT
Penyanyi Kaka Azraff mengimbas kembali kenangan pahit dalam percintaan suatu ketika dahulu menerusi single duet bersama penyanyi Indonesia, Jaz berjudul Karma.

Menurut Kaka, cabaran utama lagu ini adalah genrenya yang berbeza daripada nyanyiannya sebelum ini.

"Cabaran utama lagu ini adalah ia bergenre balada, jadi, saya harus lakukan penghayatan dengan baik.

"Saya ada mengimbas kembali kenangan gagal bercinta suatu ketika dahulu untuk menambahkan lagi penghayatan dalam lagu ini.

"Saya cuba bayangkan detik itu di mana jiwa rasa terluka dan cinta tak menjadi, tapi bukanlah seratus peratus penghayatan lagu ini bergantung kepada memori pahit yang diimbas kembali itu," katanya.

Kaka berkata demikian dalam sidang media virtual anjuran Sony Music Malaysia sempena melancarkan muzik video rasmi lagu berkenaan petang semalam.

Dalam pada itu, Jaz pula mempunyai cara yang berbeza. Menurutnya, dia jarang berasa sakit hati.

"Saya tidak menghayati lagu ini berdasarkan pengalaman pahit masa lalu kerana saya jarang sakit hati.

"Saya juga tidak mengingati masa lalu yang disakiti," katanya.



Muzik video rasmi Karma telah dilancarkan pada pukul 4.00 petang semalam di Vevo dan saluran YouTube Sony Music Malaysia.

Karma juga boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman digital terpilih antaranya Apple Music, Spotify, YouTube, JOOX, Deezer dan lain-lain.




#Kaka Azraff #Jaz #Karma