Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kakak Aufahanie Dedah Nidza Afham Pernah Cakap Mahu Jadi Terkenal - “1 Malaysia Kenal Sekarang Tapi Bukan Macam Ini”

Khairil Khusyairi
15/08/2024 00:55 MYT
Kakak kepada Allahyarham penyanyi Nidza Afham iaitu Irfahanie memaklumkan adiknya itu pernah berhasrat untuk menjadi terkenal.

Afham Mahu Jadi Terkenal

Menurut Irfahanie,Nidza, 23, pernah menyatakan padanya untuk menjadi seorang penyanyi yang dikenali.

“Afham pernah cakap dia nak jadi terkenal.

“1 Malaysia kenal adik Kekfa sekarang tapi bukan camni Am, bukan macam ni. Allah,” kongsinya di ruangan platform X.

Adik Yang Baik

Kongsi Irfahanie, adik lelakinya itu sangat baik dan seorang yang menurut kata.

“You are the kindest human ever existed in my life. You will never say no to us.

“Your jokes, your silly whatsapp stickers.

“Still can’t believe this happened. Allah sayang orang baik. Kami sayang Am sangat,” ciapnya lagi diserta tangkap layar yang memaparkan perbualan mesej antara mereka.

Terdahulu, Afham yang aktif membuat persembahan dilaporkan hilang selepas keluar berjogging di Stadium Sultan Suleiman, Klang seorang diri pada Selasa malam.

Teman wanita mangsa kemudiannya mengesan telefon bimbit mangsa berdekatan jambatan Sungai Klang selepas gagal dihubungi.

Susulan itu, keluarga mangsa bergegas ke tempat kejadian turut menemui telefon bimbit dan dompet milik mangsa.

Pada Rabu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan mayat lelaki yang ditemui di sekitar jambatan Sungai Klang kira-kira jam 7 malam tadi adalah Nidza Afham.

Mayat mangsa ditemui oleh orang awam yang sedang memancing di kawasan berkenaan.

Jenazah akan melalui proses bedah siasat sebelum dikebumikan pada Khamis Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah.

ARTIKEL BERKAITAN: Artikel-Artikel Insiden Arwah Nidza Afham, Abang Aufahanie

#Penyanyi #Meninggal Dunia #Hilang #Aufahanie #ditemui #Nidza Afham
;