Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Kakak Sudirman, Ibu Atai Meninggal Dunia

Awani
30/08/2024 07:55 MYT
Kakak penghibur legenda, Datuk Sudirman, iaitu Datin Rudiah @Rodziah Arshad, 81, meninggal dunia jam 12.08 tengah hari ini.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh anak Allahyarham, Razman Azrai Zainudin atau mesra dengan panggilan Atai pada Jumaat.

Dalam kenyataannya, Atai turut meluahkan penghargaan buat keluarga dan sahabat handai yang melawat dan bertanya khabar ibunya sebelum ini.

"Atai ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah melawat mak, berdoa atau yang senantiasa mengingati mak dan yang menjadi sebahagian hidup mak Atai.

"Semoga rohnya berada dalam kalangan orang-orang yang beriman," katanya.


Allahyarham adalah anak kedua dari sembilan beradik, termasuk adik beradik tiri.

Rodziah antara insan paling rapat dengan Sudirman, menjaga Allahyarham semasa kecil malah turut mengambil tugas menjaga Allahyarham selepas jatuh sakit.

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Doakan Terbaik, Selesa Berkawan Dengan Syamsul Demi Anak

BERITA TRENDING: Dilabel Ratu Court, Puteri Sarah Nafi Sanggup Naik Turun Mahkamah Sebab Wang - “Kita Saman Orang Bukan Sebab Nak Duit”

BERITA TRENDING: Kes Rogol: Da'i Syed Dijel 10 Tahun, Tiga Sebatan

BERITA TRENDING: Puteri Sarah Zahir Rasa Syukur Kes Saman Bekas Kakak Ipar Ira Kazar Selesai - “Alhamdulillah…”



Julai lalu, Atai mengesahkan ibunya menghidap penyakit serius namun tidak berkongsi maklumat penyakit tersebut atas sebab privasi.

Sumber: Astro Awani

#Ibu #Meninggal #Kakak #Dunia #Sudirman #Atai
;