"Kaki Bekas Isteri Bakal Kena potong Kerana..." - Chef Wan Sanggup Jaga Bekas Isteri Selepas Pembedahan
Badrul Hashim
25/02/2020 11:24 MYT
25/02/2020 11:24 MYT
Walaupun dia sendiri masih dirawat di hospital, Chef Wan tetap berkongsi cerita tentang keadaan bekas isterinya yang mengidap kencing manis.
"Anak perempuan saya datang melawat saya selepas melawat ibunya di Hospital GH.
Masalah kencing manis bekas isteri saya menyebabkan kakinya dah bertukar menjadi gangrine, dan daripada MRI menunjukkan ianya tak dapat diselamatkan lagi kecuali dipotong," tulis Chef Wan dalam Bahasa Inggeris.
Kata Chef Wan, jika tidak dipotong, ianya boleh merebak ke bahagian organ lain dan merosakkan hati dan menyebabkan kematian.
Katanya lagi, sebelah lagi kaki bekas isterinya itu jug mengalami keadaan yang sama dan perlu juga dipotong.
"Tapi pihak hospital akan buat satu dulu kerana dia juga ada masalah lemah jantung dan hilang kedua-dua belah kaki mungkin terlalu berat untuk dia.
"Kami diberitahu untuk membuat keputusan secepat mungkin walaupun menurut doktor, risiko memotong kaki tersebut adalah tinggi kerana masalah jantungnya," tulis Chef Wan.
Chef Wan turut bercerita tentang arwah ayahnya yang terpaksa melalui perkara yang sama akibat kencing manis yang dihadapi.
"Saya beritahu anak saya apa yang saya dapat lakukan selepas pembedahan nanti adalah mengambil jururawat untuk menjaganya di rumah saya bersama ibu saya.
"Kasihan pada anak-anak yang sibuk dengan kerja masing-masing Sekurang-kurangnya saya ada pembantu rumah, dan pembantu rumah yang saya sediakan untuk bekas isteri. Saya juga ada pemandu yang boleh membawanya membuat dialisis tiga kali seminggu," tambah Chef Wan.
Tambah Chef Wan, walaupun ianya satu cabaran dan tanggungjawab besar yang terpaksa dia hadapi, tetapi dia akan melaluinya kerana bekas isterinya itu adalah ibu kepada anak-anaknya.
"Tak kan kita nak sia-sia kan dia. May Allah give me the strength.. Insyallah," tulis Chef Wan lagi.
Chef Wan ketika ini juga sedang dirawat di hospital akibat masalah kayap pada kaki kanannya.
Baca: "Kesakitan Sepanjang Malam Buat Saya Tak Tahan" - Chef Wan Ditahan Di Wad Akibat Kayap
Chef Wan atau nama sebenarnya Redzuawan Ismail berkahwin dengan Norhayati Ayub pada usia muda, namun bercerai kemudiannya. Mereka dikurniakan dengan dua orang anak, Serina dan Muhammad Zainudin.