Laman Utama
Kaki Bengkak, Ligamen Terkoyak, Isteri Sufi Tetap Hadir Beri Bantuan, Ramai Doa Cepat Sembuh
Isteri kepada penyanyi Sufi Rashid, Nurulain Md Yusof mengalami kecederaan selepas jatuh tangga.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya hari ini, Nurulain memaklumkan mengalami bengkak pada bahagian kaki selain ligamen terkoyak.
“Saya boleh katakan penutup 2021 yang best, walaupun sakit jatuh tangga, kena berehat dua - enam minggu berikutan ligamen terkoyak tetapi tetap best sebab dapat gembirakan orang lain.
“Misi banjir banyak ajar tentang kehidupan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada. Korang doakan saya cepat sembuh boleh jalan macam biasa tau,” kongsinya.
Sementara itu, di ruangan komen juga rata-rata pengikutnya mendoakan kesembuhan Nurulain.
Terdahulu, Sufi dan isterinya merupakan antara yang terawal turun padang bagi memberikan bantuan dan pertolongan kepada mangsa banjir.
Antara tempat yang dibantu termasuklah proses pembersihan bersama pasukan mereka dengan menggunakan tanda pagar #misibanjir adalah Hulu Langat, Sri Muda dan Sg Lui.
Must-Watch Video