“Kaki Lebam, Bengkak Macam Orang Bersalin,” - Isteri Tak Sihat, Amar Baharin Risau, Doktor Masih Tak Tahu Punca

Mya Amri
Mac 31, 2022 22:10 MYT

Pelakon Amar Baharin meluahkan rasa risau melihat keadaan isterinya, aktres Amyra Rosli yang kurang sihat.

Menurut Amar, kondisi Amyra bukan sekadar sakit biasa sebaliknya mengalami lebam dan bengkak pada bahagian kaki.

“Isteri saya tak berapa sihat, kaki ada kesan lebam-lebam. Sendi satu badan sakit. Kaki bengkak macam orang nak bersalin (saya rasa water retention). Batuk tak berhenti,” maklumnya menerusi posting terbaharu di akaun Instagram miliknya.

Tambah Amar lagi, paling membimbangkan apabila doktor juga tidak dapat memberi penyelesaian terhadap penyakit yang dihidapi Amyra.

“Semua ni jadi selepas positif SARS-CoV-2, 6 Mac 2022. Ada siapa-siapa yang alami benda yang sama? Ada jalan penyelesaian tak?

“Sebab doktor masih tak dapat penyelesaian kepada penyakit dia. Kalau ada mohon kongsi, kami tengah ikhtiar,” mohonnya.

Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dipenuhi dengan ucapan doa rakan-rakan artis.

Selain itu, pengikutnya juga cuba memberikan cadangan dan ikhtiar yang boleh dilakukan Amar.

#Amyra Rosli #Amar Bahrin #Kaki Bengkak #Tak Sihat #Sakit Misteri