Kaki Pelakon Broadway Dipotong Kerana Covid-19
Amri Hassan
21/04/2020 11:15 MYT
21/04/2020 11:15 MYT
Pelakon lelaki Broadway, Nick Cordero kini stabil selepas menjalani proses pemotongan kaki kanannya ekoran komplikasi Covid-19.
Cordero, 41, telah dimasukkan ke hospital sejak dua minggu lalu dan mula mengalami komplikasi pada Sabtu lalu.
"Doktor telah memberikan rawatan anti gumpal saluran darah kaki kanannya, tetapi ia mengakibatkan komplikasi lain hingga menyebabkan kakinya terpaksa dipotong," kata isterinya, Amanda Kloots.
Pelakon yang pernah membintangi pementasan Rock of Ages itu masih dirawat di Pusat Perubatan Cedars-Sinai Los Angeles, Amerika Syarikat.
"Dia berjaya melalui prosedur pembedahan itu tetapi badannya masih lemah," kongsi isterinya lagi.
Susulan pembedahan itu, kempen GoFundMe telah dilancarkan oleh sahabat dan peminatnya untuk mengutip dana membiayai pembedahan tersebut serta membelikan kerusi roda.
Sumber: CNN