Pelakon dan usahawan Fizo Omar, 36, mengimbas kembali kenangan ketika menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu.

Menurut Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, mengakui lebih berminat dengan bidang sukan berbanding akademik memandangkan dia mewakili Kelantan dan Malaysia dalam sukan bola sepak.

"Tahun 2002 ja bukan lama sangat abe joe ambik SPM tapi gambar tu ja yang ada dalam telefon ni. Kenangan di Sultan Ismail College (SIC) Kota Bharu.

"Bab belajar ni liat (malas) sikit dulu sebab masa tu tak fikir pasal belajar sangat, sibuk main bola wakil Kelantan dan Malaysia. Jadi, setiap hari mesti ada latihan dan hujung minggu ja travel untuk away game.

"Kalau tak tuang (ponteng) kelas seminggu sekali tu tak sah lah. Lepas itu apabila ada national training kena base kat Sekolah Sukan Bukit Jalil, jadi faham-faham ja la kan," tulisnya.

Walaupun kerap ponteng sekolah, pelakon drama Adellea Sofea tetap berusaha untuk mendapat keputusan yang baik bagi melayakkan dirinya jejak kaki ke alam universiti.

Tambahnya, selepas berjaya menamatkan diploma, dia giat berlakon serta menguruskan perniagaan dan kini sedang melanjutkan 'Masters' di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kuala Lumpur.

"Tapi bila nak amik SPM tu all out lain macam sikit, masa depan adik, sekurang-kurangnya bagi lepas masuk universiti kemudian kita cerita la apa nak jadi.

"Alhamdulillah tersesat juga dapat masuk UiTM Arau buat Kejuteraan Awam (Civil Engineering). Okey la dapat keputusan cukup-cukup untuk pakai jubah konvo bagi mak ayah gembira. Lepastu rasa tak nak belajar dah nak buat apa yang abe joe suka.

"Terus berlakon dan buat bisnes sekarang ni. Bila tahap sekarang ini rasa gedik nak sambung belajar pulak, jadi sambung lah Masters di UUM KL buat research yang tak habis-habis lagi ni.

"Jadi apa abe joe nak kongsi, memang la tak semua orang rajin nak belajar, tapi benda tu sangat penting dik. Learning procees is never ending. Apa-apa pun kasi henjut lepaskan SPM dulu.

"Lepas itu korang nak jadi Batman ke, Ultraman ke suka hati korang la, janji keputusan SPM tu biar boleh eja la. Kalau dapat B, C, D susah nak eja dik. Kalau ada A, juga kira ok lah. E pun boleh eja juga tapi tak perlu la. Apa-apa pun all da best," tulisnya lagi.