Laman Utama
Kaki Travel Dah Rindu Airport? Zarul Umbrella Kongsi Keadaan Terkini KLIA2
Sejak dunia dilanda wabak COVID-19, sudah pasti ramai ‘kaki travel’ rindu untuk bercuti.
Suasana lapangan terbang, bunyi pengumuman penerbangan dan gambar wajib passport antara yang menjadi memori.
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Zarul Umbrella berpeluang untuk berkongsi keadaan terkini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
Menurut Zarul, dia ke KLIA2 untuk menaiki pesawat menuju ke Pulau Pinang bagi memenuhi undangan nyanyian.
“Dua hari lepas saya ke Penang menaiki pesawat untuk satu undangan nyanyian jadi sambil-sambil itu buatlah content,” coretnya.
Video tersebut merakamkan kawasan KLIA2 yang agak lengang dan kedai-kedai di dalamnya juga kebanyakannya tutup.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya meluahkan rasa rindu untuk kembali ke merasai suasan meriah di KLIA2.
“Wah rindunya suasana dalam KLIA2 ni,” komen @faeza_raslan.
“Rindunya KLIA2...” tulis @hazlina2503.
Bagaimanapun untuk pengetahuan, video yang dikongsi Zarul itu dirakamkan sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini, Rabu, 13 Januari 2021.
Must-Watch Video