Viral
Kaki Wanita Melecur Selepas Rawatan Cabut Bulu Kaki - "Mula-Mula Kulit Jadi Warna Coklat, Diikuti Gatal & ..."
Seorang wanita tular selepas mengadu kakinya melecur sejurus mendapatkan rawatan mencabut bulu kaki menggunakan kaedah Intense Pulse Light (IPL) di Jakarta, Indonesia.
Rawatan kaedah IPL bertujuan membantu menghalang pertumbuhan rambut atau bulu pada anggota badan termasuk ketiak dan bulu kaki.
Mangsa, Irene Septraria memuat naik gambar keadaan kakinya yang melecur teruk selepas tiga hari mendapatkan rawatan tersebut di sebuah salon kecantikan baru-baru ini.
"Kesan melecur muncul selepas tiga hari melakukan kaedah rawatan IPL. Mula-mula kulit menjadi coklat dan diikuti gatal dan pedih," katanya yang petik Detik.com.
Sementara itu, pakar kulit Dr Ruri Diah Pamela mengesahkan kes seumpama ini boleh berlaku.
Justeru, belau menasihatkan pelanggan berunding dengan doktor bagi mengesahkan keadaan kulit masing-masing sebelum mendapatkan rawatan IPL.
"Perkara perlu dielakkan apabila anda mengesan tiada luka, jangkitan atau dermatitis aktif sebelum menjalani rawatan tersebut.
"Jangan lakukan waxing, mencabut bulu dengan alat pengepit dalam empat minggu sebelum mendapatkan rawatan," katanya.