Berita

Kalahkan KL & Selangor, George Town Dinobat Bandar Paling Sesak Di Malaysia!

gempak
Khairil Khusyairi
20/01/2025
09:50 MYT
Sponsor Banner
Kalahkan KL & Selangor, George Town Dinobat Bandar Paling Sesak Di Malaysia!
Bandar George Town, dinobatkan menjadi bandar dengan trafik paling teruk di Malaysia.

Rampas Takhta Bandar Paling Sesak

Memetik laporan tahunan TomTom, George Town, Pulau Pinang kini telah merampas ‘takhta’ sebagai untuk Bandar Paling Sesak Di Malaysia Tahun 2024.

Di George Town, pemandu mengambil masa 26 minit 36 saat untuk perjalanan sejauh 10 kilometer, dengan kadar kesesakan mencecah 40% manakala di Kota Bharu pula mencatatkan masa 22 minit 30 saat iaitu sedikit penurunan berbanding tahun lalu.

Kuala Lumpur walau bagaimanapun berada di tangga kelima dengan catatan masa perjalanan selama 17 minit 26 saat dengan kadar kesesakan 28%.

Laporan ini secara tidak langsung memberikan gambaran jelas tentang cabaran kesesakan yang dihadapi pemandu di bandar-bandar utama Malaysia.
Berikut adalah senarai bandar-bandar di Malaysia dengan tahap kesesakan trafik yang membuatkan ramai garu kepala iaitu:
  1. Georgetown, Pulau Pinang (tempat ke-73 di dunia)
  2. Kota Bharu, Kelantan (tempat ke-139 di dunia)
  3. Ipoh, Perak (tempat ke-164 di dunia)
  4. Johor Bahru, Johor (tempat ke-215 di dunia)
  5. Kuala Lumpur (tempat ke-285 di dunia)
  6. Seberang Perai, Pulau Pinang (tempat ke-385 di dunia)
  7. Klang, Selangor (tempat ke-421 di dunia)
  8. Kajang, Selangor (tempat ke-437 di dunia)
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024