Kalahkan New York, Seoul & Bali, Kuala Lumpur Duduki Tangga Ke-6 Sebagai Banda Raya Paling Ramai Pengunjung Sepanjang 2023

Izwan Isa
Disember 23, 2023 13:55 MYT
Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandaraya paling banyak dikunjungi oleh pelancong sepanjang 2023.
Fakta dan data ini dikumpul dan disiarkan oleh laman web Travelness.
Menerusi fakta berkenaan, sebanyak 13.79 juta pengunjung dari seluruh dunia telah datang melawat Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.
Sekaligus, Kuala Lumpur menduduki tangga keenam sebagai bandaraya paling ramai dikunjungi di belakang Bangkok, Paris, London, Dubai dan Singapura.
Sementara itu, New York selesa berada di tangga ketujuh, diikuti oleh Istanbul, Tokyo dan Antalya.
Mekah tersenarai di tangga ke-13 dengan jumlah pengunjung sebanyak 10 juta, diikuti Phuket dan Pattaya, masing-masing menerima pelancong sebanyak 9.89 juta dan 9.44 juta.
Sumber: Travelness
#Kuala Lumpur