Kalahkan Rekod Chanyeol EXO, Lisa BLACKPINK Cecah 17.5 Juta Pengikut

Mya Amri
April 16, 2019 09:44 MYT
Pengikut laman sosial Instagram (IG) anggota kumpulan BLACKPINK, Lisa kini mencecah 17.5 juta.
Catatan terbaru itu sekaligus menjadikan Lisa secara rasminya merupakan artis K-pop yang paling ramai pengikut.
Jumlah tersebut telah mengalahkan rekod yang dipegang oleh Chanyeol (EXO) dengan jumlah 17.4 juta pengikut sebelum ini.
Lisa atau nama sebenarnya Lalisa Manoban mula memuat naik 100 posting sejak akaun itu dibuka pada 15 Jun tahun.
Dalam pada itu, Lisa juga kerap memuat naik perkembangan terbaru mengenai di IG khas buat tatapan peminat.
Difahamkan, jumlah pengikut IG Lisa bertambah dengan pantas selepas BLACKPINK semakin popular dengan lagu berjudul Ddu-Du Ddu-Du dan juga lagu comeback terbaru mereka, Kill This Love.
Foto: Instagram @lalalalisa_m
#Artis Korea #Blackpink #Lisa