UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
GAYA HIDUP

"Kalau Ada 100 Bintang, Saya Bagi 100" - Ini Respon Peserta Ceria Megastar Ministar 2019 Bila Tonton BoBoiBoy The Movie 2!

Hanafis Haris 23/08/2019 | 10:09 MYT
Semalam, kesemua peserta musim pertama program Ceria Megastar Ministar 2019 berpeluang menyaksikan filem animasi terhebat ketika ini, BoBoiBoy The Movie 2 (BBBM2).
Seperti yang dijangka, satu pawagam gamat dengan gelak tawa kanak-kanak kecil ini.
Mana tidaknya, lawak bersahaja dan 'punchline' ditampilkan dalam filem BBBM2 ini memang epik. Ketawa non-stop!
Ini antara ulasan finalis Ceria Megastar Ministar 2019 tentang BBBM2.

#1 Eiffel Paul Pailus (Eiffel)

Menurut juara Ceria Megastar Ministar 2019 ini, filem BBBM2 diluar jangkaannya.
Menurutnya, dia kagum dengan dengan aksi ditampilkan pada babak terakhir BBBM2.
“Saya paling kagum part akhir bila BoBoiBoy guna kuasa terbarunya. Karakter paling saya suka pula adalah Tok Kasa kerana mengingatkan macam datuk saya, lawak dia semuanya macam datuk saya.
"Dari 10 bintang, saya bagi 10 bintang penuh untuk BBM2," katanya.

#2 Feli Stacy Paimin (Cici)

Naib juara ini pula menyifatkan BBBM2 sebagai filem paling lawak pernah ditonton.
Menjadikan Gopal sebagai watak kegemarannya, Cici merasakan filem tersebut memang ‘lit’ dengan lawak dan komedi watak itu.
"Saya paling suka sebab filem ini memang lawak, saya asyik gelak dan wow je sepanjang menonton. Karakter saya suka Gopal sebab dia paling kelakar. Saya rasa kalau tak ada Gopal, filem ini tak ceria.
"Kalau ada 100 bintang, saya bagi 100" katanya.

#3 Muhammad Aliff Idham (Aliff)

Menurut Alif, dia adalah peminat setia BoBoiBoy.
Jelasnya, dia juga meminati babak akhir yang mana BoBoiBoy mendedahkan kuasa terbarunya.
“Saya suka semua aksi dan lawak dalam filem ini.
"Lagipun memang saya minat BoBoiBoy, saya paling suka kuasa ais. Alif memang kuasa ais ni. Saya bagi 10 bintang," katanya.

#4 Qasrina Putri Adrianna Abdullah (Putri)

Bagi pemenang tempat keempat Ceria Megastar Ministar 2019 ini, filem BBBM2 patut ditonton bersama keluarga.
Menurutnya, hubungan Papa Zola dan Pipi antara yang paling diminatinya.
"Cerita dia best sangat, paling Putri suka apabila Papa Zola terbawa anak dia si Pipi Zola ke dalam kapal angkasa.
"Pipi Zola juga antara karakter kegemaran saya sebab nama dia sama dengan saya. Cuma nama dia panjang sangat Putri Intan Payung Indah Zola Zulaikha Odelia Ladasyia Absyari.
"Putri bagi 10 untuk BoBoiBoy," katanya.
Untuk pengetahuan anda, Eiffel muncul sebagai juara musim pertama program Ceria Megastar Ministar 2019 pada konsert akhir di Studio 1 Astro, Bukit Jalil yang berlangsung minggu lalu.
Kemenangan itu sekali gus melayakkan Eiffel atau nama sebenarnya Eiffel Paul Pailus, 13, membawa pulang hadiah wang tunai RM 25,000 dan sebuah trofi.
BACA: Eiffel Juara Ceria Megastar Ministar 2019, Bawa Pulang RM25,000!
Sementara itu, pada Isnin lalu BBBM2 telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM21 juta selepas 11 hari ditayangkan di pawagam.
BACA: Wow! 11 Hari Tayangan, BoBoiBoy Movie 2 Raih RM21 Juta!
Sebelum ini, BBBM2 berjaya meraih kutipan mencecah RM15.8 juta selepas lapan hari tayangan.
Jadi, apa tunggu lagi? Kepada anda yang masih belum mendapatkan tiket, serang panggung berdekatan dan dapatkan sekarang!
#BoBoiBoy #BBBNM #CMM2019