Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

“Kalau Ada Anak Bini Sila Tonton, Mengalir Air Mata Jantan Aku” - Filem Chomel Masih Jadi Pilihan Penonton!

Hanafis Haris
09/07/2021 10:12 MYT

Biarpun sudah lebih dua minggu ditayangkan filem Chomel masih mendapat tempat dalam kalangan penonton.

Buktinya, Chomel masih menjadi perbincangan hebat netizen di media sosial.

Rata-rata mereka bersetuju Chomel adalah filem paling sesuai untuk ditonton ketika dunia sedang dilanda tekanan pandemik.

Malah, ada yang bertanggapan elemen kekeluargaan dan kasih sayang diterapkan wajib ditonton oleh setiap golongan.

Tidak ketinggalan, ramai juga yang memuji penampilan khas dalam fiem ini termasuklah Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim dan Gavin Yap.

“Kalau korang ada anak bini sila lah tengok, mengalir air mata jantan aku tengok”

“Agak unik berbanding filem lain, lama rasanya tak layan genre ni untuk lokal”

“Syabas buat pengarah, mula-mula tak suka, lama-lama best pula,” tulis beberapa netizen.

Apapun jangan lupa saksikan filem Chomel yang telah pun berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First.

Sekadar info, kisah Chomel bermula apabila seorang kanak-kanak perempuan bernama Mimi berasa kesunyian setelah pemergian ibunya dan keluarganya berpecah-belah.

Mimi tekad untuk menjadi kawan kepada ‘Diva Girlz’ untuk mengisi kesunyiannya, namun gagal. Keadaan berubah apabila Mimi berjumpa Chomel.

Mimi merasakan satu peluang atau jalan untuk dia dapat berkawan dengan Diva Girlz.

Keadaan menjadi rumit apabila ayah Mimi sering kali didesak oleh nenek Mimi (ibu mertua) menuntut hak penjagaan terhadap Mimi dan kakaknya, Nora, disebabkan nenek Mimi merasakan ayahnya tidak mampu menyara masa depan mereka.

Kehadiran si Chomel memberikan harapan Mimi bergelut cuba memperbaiki keadaan keluarga mereka.

Chomel mempertaruhkan gandingan pelakon hebat seperti Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 dan Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-22 iatu Zahiril Adzim, Azizah Mahzan bersama pelakon muda Airiezara Jasmin, Yuyun Hikmah, Aniq Suhair.

Selain itu turut menampilkan penampilan istimewa, Aziz M. Osman, Adibah Noor, Douglas Lim, Gavin Yap dan penyampai radio di Era, Zahier Yusoff.

Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

#Viral #Filem #Kucing #Chomel.