“Kalau Ada Orang Macam Ni, Tolong Jangan Kawan” – Syamim Farid Terkesan Watak Jahat

Mya Amri
Oktober 26, 2017 13:51 MYT
Pelakon Syamim Farid akui terkesan dengan watak antagonisnya sebagai Ejay dalam drama mini bersiri online Mata Cinta.
Menurut Syamim dia juga tidak dapat membayangkan sekiranya sikap Ejay itu benar-benar wujud dikalangan rakan-rakannya.
“Bila saya melakonkan watak Ejay itu, saya sendiri rasa betapa jahatnya dia sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi menjatuhkan rakannya sendiri iaitu Matahari (Juliana Evans).
“Perangai Ejay itu terlalu teruk sehingga buat saya terdetik tak baiknya buat jahat dekat orang sampai macam itu sekali.
“Bila berlakon saya terfikir macam manalah rasanya bila rakan sendiri buat begitu pada kita.
“Kalaulah betul ada orang bersikap seperti Ejay di kalangan rakan-rakan anda, tolonglah jangan kawan. Bahaya,” katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, keberkesanan lakonan Syamim juga mendapat respon positif di media sosial.
“Suka tengok Syamin berlakon, jadi jahat pun cantik! Nak benci pun macam tak jadi hihi,” – Alya Danisha
“Syamim ni yang pengacara H!Live tu kan? Memang dia ‘best’ pun dia berlakon,” – Adfarina
“Okay tak sabar nak tunggu episod seterusnya, nak tengok Syamim ehehe,” – Alizikry
Selain Syamim, Mata Cinta juga turut dibintangi oleh Julien Buteau, Juliana Evans, Aush Abdul, Sasha Saiden dan Dynas Mokhtar.
Saksikan Mata Cinta yang disiarkan secara ekslusif menerusi platform digital www.matacinta.com.my dan aplikasi Gempak.
Foto: Instagram @syamimfarid
Teks oleh: Mya Amri
#Mata Cinta #Syamim Farid