Hiburan

Kalau Ada Peminat Cuba Goda, Ini Tindakan Imam Muda Asyraf

gempak
Amri Hassan
19/07/2018
04:19 MYT
Sponsor Banner
Kalau Ada Peminat Cuba Goda, Ini Tindakan Imam Muda Asyraf
Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf tidak menafikan terdapat segelintir peminat yang bertindak luar batasan hingga mengganggu ketenteramannya.
Namun kata Asyraf, 34, dia perlu bertindak rasional agar tidak mengguris perasaan individu berkenaan yang mungkin hanya mahukan perhatian.
"Memang ada yang hanya mahu bergurau dan menghubungi saya beberapa kali untuk bertanyakan soalan berkaitan agama, saya akan jawab dengan baik.
"Tetapi kalau sudah melampaui batas dan merasakan ada niat lain saya berhenti setakat itu sahaja.
"Kalau ada pertanyaan berkaitan isu wanita yang bukan dalam bidang kemahiran saya pula saya akan meminta individu berkenaan merujuk kepada isteri saya," kata Asyraf.
Asyraf yang ditemui pada majlis pelantikan sebagai duta Jus Hidayah Gold syarikat Seraimas di Shah Alam baru-baru ini menjelaskan dia hanya menjalankan tugasnya untuk berdakwah.
"Ini bukan tiket mudah untuk saya didampingi mana-mana wanita, saya letakkan diri saya sebagai seorang ustaz yang hanya menjalankan tugas berdakwah.
"Sebab itu juga saya kurang berkongsi perihal rumah tangga dan keluarga saya kepada orang ramai.
"Melainkan ia boleh dijadikan panduan atau rujukan orang. Tak semua benda perlu cerita," tambahnya.
Asyraf telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Husna Yusoff pada 2010 dan dikurniakan dua anak lelaki, Aisy Raihan dan Aisy Abdurrahman serta seorang anak perempuan, Setiaku Aisyah.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: @imammudaasyraf
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024