Penyanyi Tomok tidak dapat menahan sebak apabila terkenang memori bersama arwah bapanya, Ismail Salam.

Menerusi program Rumah No 107, Tomok kelihatan sebak dan tidak dapat menahan air mata sewaktu berkongsi kenangan manis mereka bersama.

Menurut mendedahkan, kehadirannya dalam industri hiburan adalah disebabkan oleh sokongan dan galakan daripada arwah bapanya.

“Saya masuk dalam industri ni pun sebab ayah saya memang minat main muzik. Dia ada band sendiri yang selalu ikut dia buat persembahan.

“Kebanyakan kalau ada persembahan saya dia akan datang. Apa yang saya menang pertandingan-pertandingan sebelum ini semua dia ada.

“Tak tahulah nak cakap macam mana. Dia ajar saya jangan cepat putus asa dengan apa yang kita buat.

“Itulah bila cerita mengenai ayah saya jadi lost sekejap…” katanya sebak.

Selain Tomok, Siti Nordiana juga merupakan tetamu undangan untuk program tersebut.

BACA: “Mama Semua Orang Datang Dengan Abah…” Soalan Anak Buat Siti Nordiana Sebak

BACA: “Kena Baling Telur Atas Pentas Sampai…” – Siti Nordiana Dedah Kisah Dibenci Peminat Tomok

Rumah No 107 dihoskan oleh Khir Rahman bersama Joey Daud, Man Raja Lawak, Ropie dan juga Vicha dengan watak masing-masing.

Jangan lupa saksikan episod penuh Nana dan Tomok menerusi Rumah 107 pada Jumaat, jam 9:00 malam di Astro Warna HD (saluran 107), Astro Warna (saluran 127) dan Astro Go.

Terdahulu, Allahyarham Ismail Salam telah menghembuskan nafas terakhir pada Disember 2018.