Hiburan
"Kalau Aku Ada Kat Sana, Aku Akan Terus Naik Pentas" - Tomok Sedih Lihat Keadaan Zamani
Penyanyi Tomok meluahkan rasa sedih berkenaan keadaan penyanyi kegemarannya, Zamani yang mengalami masalah kesihatan ketika membuat persembahan di konsert Gegar Vaganza 5 (GV5) Ahad lalu.
Luahan itu dikongsi Tomok menerusi status di akaun Twitter miliknya.
Menurut Tomok, dia akan naik ke pentas untuk membantu Zamani menghabiskan nyanyiannya jika dia berada di konsert tersebut.
"Kalau aku ada kat sana, aku akan terus naik atas pentas.
"Tak boleh tengok idola aku rasa sedih, aku akan tolong dia," tulisnya.
Zamani tidak dapat membawakan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dan menyebabkannya hampir tersingkir kerana tidak menerima apa-apa markah dari juri.
Bagaimanapun, Zamani mendapat imuniti dari penaja, Datuk Seri Aliff Syukri yang membuatkan dia terselamat dari penyingkiran pada konsert tersebut.
Bersiaran selama lapan minggu, GV5 ditayangkankan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Layari laman web www.gegarvaganza.com.my untuk segala informasi lanjut mengenai GV5.
Must-Watch Video