Siapa sangka seorang influncer sebenarnya mampu memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat.

Buktinya Lisa seorang gadis yang mempunyai pengaruh besar di media sosial mampu memberi sinar buat seorang warga emas.

Semuanya itu dipaparkan menerusi iklan raya Astro 2021 bertajuk ‘Singkap Sebalik Tingkap’ yang baru saja dimuat naik di YouTube.

Pada awalnya Lisa dilihat terlalu leka dengan penggunaan internet sehingga mengabaikan neneknya sendiri.

Namun, semua itu berubah sekelip mata apabila Lisa menyahut cabaran Haunted House Challenge selepas menjumpai sebuah rumah terbiar.

Demi menghasilkan ‘content’ Lisa sanggup ke rumah tersebut seorang diri dan akhirnya menjumpai sesuatu di luar jangkaan!

Apa sebenarnya yang Lisa jumpa dan adakah ia akan mengubah sambutan raya mereka tahun ini?

Bagaimanapun pula hubungan Lisa dengan neneknya?

Apapun menerusi iklan kali ini, anda akan menyaksikan kehadiran seorang pelakon ‘legend’ yang bakal membawa watak Pak Samad. Cukup hebat!

Anda boleh saksikan iklan raya paling menyentuh perasaan tahun ini di bawah.