Hiburan

"Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau" - Gurauan Abam Pada Achey Jadi Kenyataan

gempak
Zulaikha Yusof
11/02/2020
02:18 MYT
Sponsor Banner
"Kalau Aku Mati Tolong Kebumikan Aku Tau" - Gurauan Abam Pada Achey Jadi Kenyataan
Isteri pelawak Achey, Nor Hasanah Yahaya mendedahkan keadaan suaminya selepas kehilangan sahabat baik, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, semalam.
Kata Hasanah walaupun arwah sudah selamat dikebumikan, Achey masih terkejut dengan berita pemergian Abam.
"Malam ni dia rasa sejuk je. Dia terkejut dengan atas pemergian sahabatnya..
"Tidur pun dia peluk baju Abam. Lemah seluruh badan dia.
"Ya Allah engkau kuatkanlah dia," tulisnya di Instagram Stories.
Dalam pada itu, Achey menerusi Instagram (IG) miliknya berkongsi gurauan Abam mengenai kematian ketika hari ulang tahun kelahirannya.
"Hahahahahaha thank you sahabat. Love you so much. Semoga kita kekal sampai mati.
"@fadbocey @acheykintangkintung kalau aku mati tolong kebumikan aku tau," balas Abam.
Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).
BACA: Pelawak Abam Bocey Meninggal Dunia
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live