Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“Kalau Aku Tahu Kalian Melindungi Sajat Kerana Keuntungan, Aku Tak Segan Menyamakan Kalian Dengan...”- PU Rahmat

Syafiqah Jalal 07/02/2020 | 05:52 MYT
Pencetus Ummah (PU) Rahmat akui kesal dengan sikap mutawif serta syarikat ejen yang membawa jemaah umrah termasuk jutawan kosmetik Nur Sajat atau nama sebenarnya, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman.
PU Rahmat kecewa apabila meihat sekeping gambar mutawif duduk semeja bersama Sajat yang masih memakai tudung ketika berada di tanah suci.
Menurut Rahmat, jika benar pihak mutawif dan syarikat ejen yang membawa Sajat sengaja melindungi usahawan tersebut, pendakwah bebas menganggap ia kelakukan yang sangat tidak bermoral dan hanya mahu mengaut keuntungan.
“Bertakwalah pada Allah wahai Mutawif:
“1) Al Bayt dan mutawif ini beri alasan bahawa Sajat berpakaian wanita adalah di luar jangkaan . Dah tu ni apa wahai Ustaz Mutawif ? Minum satu meja sambil Sajat pakai tudung ni pun luar jangkaan kah ?
“2) Kalau betul Mutawif dan Travel Agency masih ada iman tolonglah jangan benarkan lagi sajat pakai pakaian perempuan di Tanah Haram . Suruh dia ikuti perjanjian yang kononnya ada di antara kalian dengan Sajat. Wujudkah perjanjian itu?
“3) Kalau aku tahu kalian melindungi Sajat kerana keuntungan bayaran. Aku tak segan menyamakan kalian dengan Kapitalis yang tiada moral dan agama selagi mana ia menguntungkan kocek syarikat,” tulisnya.
Ramhat berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia berkongsi foto Sajat bersama mutawif yang duduk semeja ketika berada di tanah suci.
Rahmat berharap dia dapat menemui jawapan dari persoalan yang timbul.
“Saya perlukan penjelasan atas persoalan saya. Saya sedia menerima panggilan daripada Pihak Travel Agency . Hubungi saya,” katanya lagi.
Sajat menimbulkan kontroversi terbaharu apabila memuat naik video dan gambar di tanah suci Makkah selepas mengerjakan umrah sambil memakai telekung.
#PU Rahmat #Umrah #sajat #Makkah
;