Drama
"Kalau Aku Tanya, Mesti Ramai Perempuan Setuju..." - Amar Baharin Kongsi Perihal Poligami
Mesti masih ramai yang belum 'move on' dengan drama bersiri 'Cemburu Seorang Perempuan', lakonan hebat Amyra Rosli, Emma Maembong, Amar Baharin dan ramai lagi.
Pada satu entri di Instagramnya, Amar Baharin berkongsi sekeping gambar bersama isterinya Amyra dan meletakkan tanda pagar sebagai sambungan kepada Cemburu Seorang Perempuan.
"Dhia & Emi jadi hantu, bunuh semua lelaki yang berpoligami.
"Kalau aku tanya setuju ke tak, mesti ramai perempuan yang setuju, tak percaya cuba baca komen-komen di bawah," seloroh Amar pada entri tersebut.
"Bukan semua. Cuma bunuh yang gatal berpoligami tak bagi keadilan. Memanglah dagingnya di siat-siat pakai pisau yang dipanaskan. Padan muka," tulis @putri_aaliya.
"Hahahaha dapat kat kami, kami balon sampai keliaa ataih bawah kulit buat korban macam lembu," seloroh @nrlpahanee_
"Tak setuju untuk poligami. berani.. kalau buat, dia punya tuttt potong... bagi anjing makan," gurau @yayalee.yl
"Tak payah mimpi nak poligami kalau tak mampu jaga dua hati," tulis @laadybug_78
Pada masa yang sama, ada juga peminat yang tidak berpuas hati apabila mereka rasakan drama hebat tersebut terlalu singkat tempoh tayangannya.
"Kejapnya episod dia, dah habis dah hmmm," tulis @ekinbiee.
"Tak puaslah tengok cerita ni," kata @farah_aida18618
Drama 'Cemburu Seorang Perempuan' yang disiarkan di Astro Ria dan Ria HD sudah berakhir pada Isnin, 25 November lalu dan drama bersiri terbaru 'Rindu Yang Terlarang' lakonan Fikry Ibrahim dan Zahirah Macwilson mengambil alih dan dijangka menjadi drama pilihan ramai.
Kepada anda yang terlepas untuk menonton 'Cemburu Seorang Perempuan' atau masih ingin menonton lagi, anda boleh menyaksikannya di On Demand.
Must-Watch Video