Penyanyi Adira Suhaimi menjelaskan dia menerima dengan hati terbuka jika jodoh bersama suaminya, Datuk Seri Adnan Abu tidak berpanjangan.
Memetik laporan Harian Metro, mereka sudah berusaha untuk menyelamatkan mahligai yang dibina namun tidak berhasil.
"Saya nekad teruskan juga meskipun sepanjang proses bersama kami mencuba untuk berbaik semula.
"Kalau Allah kata jodoh kami masih panjang saya terima dengan hati yang ikhlas.
"Tetapi kalau Allah kata jodoh kami tak panjang saya akan terima dengan hati terbuka,” katanya kepada Harian Metro.
Adira ditemui selepas prosiding pelantikan hakam pegawai mahkamah bagi permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, semalam.
Tambah pelantun lagu Pujaan Hati itu, dia mendedahkan sudah lama memfailkan perceraian namun terpaksa ditangguhkan disebabkan keadaan dirinya yang sedang hamil.
"Saya sudah lama memfailkan perceraian itu pada April lalu, namun hari ini bertekad untuk meneruskan perceraian.
“Saya terpaksa tangguh sebelum ini disebabkan saya hamil dan menunggu kelahiran puteri ketiga.
“Saya teruskan sebab mengambil kira apa yang terbaik untuk diri saya dan anak,” katanya lagi.
Bagaimanapun, Adnan atau dikenali dengan panggilan Datuk Red itu ketika disoal Mohd Faizal membantah permohonan isterinya itu.
Sepatutnya, pada prosiding hari ini ditetapkan untuk pelantikan hakam pegawai mahkamah, namun ditangguhkan.
Ini berikutan selepas peguam syarie Mohd Hafiz Abd Rashid yang mewakili Datuk Red memohon prosiding ditangguhkan kerana anak guamnya membuat semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung hakam keluarga.
Mohd Faizal Habib kemudian menetapkan 17 Disember depan sebagai tarikh sebutan hakam kes perceraian itu.
Dalam prosiding itu, Adira diwakili peguam syarie Siti Nur Zafirah Mohd Padzil.
Datuk Red tiba jam 2.50 petang di mahkamah bersama dua rakannya dan kemudiannya Adira yang dilihat berseorangan jam 3.05 petang.
Sebelum ini, Datuk Red tidak tahu isterinya akan memfailkan perceraian.
Sewaktu dihubungi semalam, beliau menafikan mengenai isu perceraian itu dengan berkata, ia hanya khabar angin seperti mana ia heboh diperkatakan sebelum ini.
Terdahulu, seawal jam 8.30 pagi, media hadir ke mahkamah untuk mengikuti prosiding perceraian namun kemudian dimaklumkan Adira bahawa permohonan cerai terhadap Adnan akan berjalan jam 3 petang.
Sepatutnya, prosiding permohonan cerai dilakukan Adira pada jam 9 pagi tadi tetapi penyanyi itu meminta untuk mengubah waktu kerana tidak menyangka perkara itu (permohonan cerai) diketahui umum.
Spekulasi mengenai perceraian pasangan ini timbul apabila ruangan gosip sebuah portal hiburan menyiarkan cerita artis wanita diceraikan ketika sedang hamil anak ketiga.
Adnan, seorang ahli perniagaan menikahi Adira di Songkhla, Thailand sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015.
Hasil perkahwinan, Adira dan Adnan dikurniakan tiga cahaya mata, termasuk puteri yang baharu sahaja dilahirkan dua bulan lalu.
Perkahwinan pertama Adnan dikurniakan lima cahaya mata.
Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi bercerai selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Harian Metro
Zulaikha Yusof
Wed Oct 09 2019


Putri Ariani Kata Macam Mimpi Dapat Golden Buzzer Di AGT, Dua Hari Video Ditonton 14 Juta Kali
Viral di media sosial!

"Bawa Objek Kecil Boleh Digenggam Milik Orang Yang Telah Mati ..." - Terkini! Pesanan The Sacred Riana Kepada Audiens Di KL
The Sacred Riana Bakal Menghantui Malaysia

Lirik Lagu 'Ghazal Untuk Rabiah' Yang Akan Dinyanyikan Hoondoo Di Konsert Keenam Big Stage 5!
Macam manalah persembahan Hoondoo minggu ni?

#MEGASPONTAN2023 : Zizan Razak Layak Jadi Mentor, Adlin Aman Ramlie Letak Diri Sebagai Peserta ‘Junior’ - “Walaupun Saya Dah Kira Otai Tapi…”
Adlin anggap Zizan lebih layak jadi mentor.
![[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…” [VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”](https://resizer-vortals.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/articleasset/ekin-punya-176.png?ext=.png)
[VIDEO] Anak Kecil Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Siap Panggil Raja Permaisuri ‘Kakak’ - “Semoga FYP & Sampai…”
Alolo comelnya adik.

Bukan 5 Tapi Yoo Ah In Didakwa Guna 7 Jenis Dadah Termasuk Kokain, Ganja…
Alamak!

#PE3 : Kutipan Cecah RM45 Juta! Penonton Puji Polis Evo 3 Sudah Layak Ke Tahap Antarabangsa
Memang mantap boh!

Tolak Tawaran Bayaran Murah, Usop Wilcha’ Hanya Pertahankan Hak Sebagai Pelakon - “Saya Tidak Mahu Tunjuk Kebodohan Diri Dengan…”
Sepatutnya bayaran sesuai la dengan pengalaman.

“Pandangan Yang Saya Ambil Kira Adalah Shuib & Anak-Anak” - Watie Tak Cepat Melatah Bila Netizen Sering Bandingkan Dengan Arwah Siti Sarah
Doakan yang baik-baik untuk Watie dan Shuib.

Kajol Dakwa Berdepan Ujian Terberat, Hapus Semua Foto Rehat Dari Sosial Media
Kenapa tu Kajol?