Laman Utama
“Kalau Aming Sudah Tiada…”- Sempat Beri Pesanan Pada Ibu, Ramai Sebak Tonton Video Arwah Adik Yang Viral Bijak Berceloteh
Tiada lagi celoteh nasihat adik Aming…Kanak-kanak bijak berusia lapan tahun itu meninggal dunia semalam selepas mengalami sesak nafas.
Adik Aming tular selepas sepotong videonya bercoloteh bijak dan melucukan menasihati orang ramai untuk memakai topeng muka atau mask dengan betul dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Pemergian adik Aming telah mendapat perhatian warga maya yang rata-rata bersedih dan sayu bila menonton kembali video-videonya.
Paling menyentuh hati, apabila rakaman video daripada Aming yang berpesan supaya ibunya menjaga diri dan tidak berbuat dosa jika dia sudah tiada nanti.
“Kalau Aming sudah tiada …Mama boleh jaga diri baik-baik.
“Ingat Aming punya pesan, jangan tambah dosa tak bagus…Tambah dosa kita masuk neraka. Tiada seorang anak mahu ibunya masuk neraka.
“Aming nasihat mama sebab aming sayang mama…,” katanya.
Video itu tular dan mendapat perhatian ramai warga maya dan netizen yang sebak mendengar pesanannya.
Aming seolah-olah tahu yang dia akan pergi tidak lama lagi.
“Sedihnya..bijak anak ni..semoga syurga tempat mu anak,” komen salah seorang warga net.
“Anak syurga.... Sebak dengar cara dia nasihat ibunya,” luah salah seorang netizen.
Aming atau nama sebenarnya Muhammad Aming Salleh Abdullah berusia lapan tahun itu meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi, semalam.
Jenazah Aming kemudiannya dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Titingan, Tawau, Sabah.