"Kalau Anak Boy Jadi Footballer Kidal Macam Pawi Ni" - Bola Tendangan Safawi Rasid Jadi Milik Raf Yaakob! Bertuahnya...

Amri Hassan
Disember 12, 2018 05:36 MYT
Suami pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob berkongsi momen manisnya di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi apabila berjaya menangkap bola yang disepak Safawi Rasid ke arah penonton.
Buah tangan istimewa itu sempat dirakamkan sendiri oleh isterinya yang berada disebelahnya.
Raf pada mulanya berdiri bagi memberikan penghormatan kepada skuad Harimau Malaya yang berarak masuk ke padang sebelum sepak mula.
Rezeki anak bak kata Raf, bola untuk giveaway fans dari Safawi Rasid malam tadi menjadi miliknya!
"Pawi oh Pawi! 90,000 orang kat stadium, macam mana bola yang awak sepak for giveaway to fans boleh sampai ke tangan Raf?
"Suratan atau kebetlan? Rezeki baby Raden ni. Thanks Safawi Rasid. Good goal tadi. World class! Great comeback," pujinya.
Entri itu mendapat respons daripada Safawi sendiri yang turut terkejut apabila bola yang disepaknya menjadi milik Raf.
Menyifatkan bola itu tuah anak yang bakal dilahirkan kelak, Raf meletakkan impian agar anaknya kelak menjadi hebat setanding Safawi.
"Anak abang kalau boy jadi footballer and kidal macam Pawi ni. Insya-Allah. Amin," tulis Raf.
Pada perlawanan akhir pertama Malaysia menentang Vietnam malam tadi, Safawi menggembirakan penyokong yang hadir apabila berjaya menyamakan kedudukan menerusi rembatan luar kotak penalti menjadikan keputusan seri 2-2.
#Mawar Rashid #Raf Yaakob #Safawi Rasid